Tuesday, 17 March 2015

Nikah muda : Keyakinan dan Persediaan

Takdir Allah tak pernah tak baik

Alhamdulillah , saya bernikah pada usia yang muda iaitu 20 tahun , lagi 2 bulan 21 tahun. Alhamdulillah , nikmat Allah untuk mendidik kami diusia muda.

Istikharah sebelum kahwin

Sebenarnya suami saya pernah berniat nak bernikah dengan saya pada tahun 2014 , tapi ibu bapa saya tak beri green light sebab mereka masih rasa kami berdua terlalu muda. Dan anak perempuannya masih terlalu kecil ibarat baby lagi dimata mereka. Maka , ibubapa saya menerima pinangan dengan mengikat tali pertunangan sahaja pada 2 Syawal tahun lalu (2014) . Didalam majlis itu kami ditunangkan untuk 2 tahun, cun-cun saya habis belajar. Maka kami pun redha sebab harapannya agar dapat istiqomah menjaga hati.

Tetapi , perancangan manusia tidak mampu merobohkan perancangan Allah. Dua bulan selepas bertunang , mama dan baba telefon, beritahu ingin menikahkan kami 3 bulan lagi. Iaitu pada bulan Februari 2015. Subhanallah , nak gugur jantung waktu tu. Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar. MashaAllah tuhan sahaja yang tahu perasaan dalam hati dah tukar title isteri orang dalam usia yang sangat muda.

 

Keyakinan yang tinggi

Selepas berkahwin baru saya sedar , persediaan untuk berkahwin itu bukan sebelum kahwin sahaja , tetapi sehingga hujung nyawa kita kena bersedia. Pokok pangkalnya sejauh mana keyakinan kita kepada perancangan Allah. Andai perkahwinan itu dikukur pada persediaan , ada senior saya lebih hebat dalam urusan rumah tangga, ada yang lebih hebat mengatur kewangan. Boleh saya katakan persediaan saya 50-50 sahaja. Tetapi alhamdulillah saya terdidik dengan yakin dengan perancangan Allah. Itu sahaja. Yakin. Yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang setiap apa yang ada dimuka bumi. Subhanallah , bila dikenang memang sungguh manusia ini tiada ada suatu kuasa pun yang dapat menghalang perancangan Allah. Jadi bagaimana manusia boleh menjadi bongkak berbangga dengan kelebihan diri sendiri? Nauzubillahiminzalik

 

Kehidupan selepas kahwin

Alhamdulillah , lepas kahwin kami berdua hidup dalam keadaan sangat sederhana. Benarlah , persediaan itu sampai akhir hayat kena bersedia. Asalnya kami tidak terfikir pun ingin duduk serumah. Memandangkan suami saya Pengerusi Surau Kolej , dan saya pula banyak aktiviti dengan Persatuan Islam , maka kami lebih memilih untuk tinggal di kolej berbanding tinggal di luar. Bimbang tak mampu untuk berkejar-kejar jika ada apa-apa aktiviti di dalam universiti.

Cabaran

1. Kewangan

Alhamdulillah , kami berdua inshaAllah tiada masalah kewangan sangat meskipun masih muda. Allah permudahkan urusan kami dari segi kewangan. Sumber kewangan kami sudah tentunya dari penjualan Herbalife, sewa kereta dan juga jualan makanan berat yang dihantar ke gerai-gerai. Alhamdulillah duit kereta, rumah dan bil semuanya dapat dibayar dan kami juga dapat menyimpan. Mungkin kami dah terbiasa susah sebelum bernikah , jadi untuk mencari sumber kewangan selepas bernikah bukanlah masalah yang besar sebab kami memang dah biasa susah. Alah bisa tegal biasa. Pada orang lain mungkin perkara ini amat rumit sebab pembahagian masa itu sangat sukar, tetapi alhamdulillah , Allah bantu dalam setiap gerak kerja kami. InshaAllah lepas nikah Allah akan bantu dari segala hal. Yakinlah dengan Allah , Dia akan buka 1001 pintu rezeki , kita hanya perlu pilih untuk yakin atau tidak sahaja.

2. Pembahagian masa

Alhamdulillah selepas kahwin , pembahagian masa tentunya cabaran paling utama. Dulu saya fikir sebagai isteri dan pelajar sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Alhamdulillah selepas kahwin lebih teratur walaupun kadang-kadang kelam kabut (perangai masa anak dara yang inshaAllah cuba diubah sikit-sikit). Sebenarnya kalau jalankan tugas sebagai isteri dan pelajar sahaja tersangat lah mudah, yang buat jadi tak cukup masa adalah komitmen terhadap persatuan dan kelab. Alhamdulillah , nikmat sibuk. Kami seronok dengan kesibukan yang terisi, tidaklah hanya lepak duduk rumah tengok TV dan movie sahaja.

 

 

3. Effect study ke?

MashaAllah inilah part yang paling terkesan sangat-sangat. Seriously , selepas kahwin belajar makiiiin mudah. Dulu kalau nak belajar satu chapter pun menguap-nguap menagalir air mata 2-3 jam baru habis, sekarang 2-3 jam tu dah boleh cover 3 topic dah. Siap boleh hafal , suami pun sama sekali hafal. Hehe. Alhamdulillah. Nikmat nikah masa belajar ni Allah bagi mudah dalam benda yang dulunya kita rasa susah. Jadi kalau nak mudah belajar, nikah lah cepat. Hehehe

4. Mulut orang

Selalunya cabaran ni datang dari pakcik makcik saudara kita je. Percayalah , kalau kahwin masa belajar ni semestinya ramai yang nak 'mengajar' kita. Ada juga yang persoalkan kenapa kahwin muda. Subhanallah , bagi saya benda ni tak bagi kesan apa-apa pun. Suami saya selalu mengingatkan ,seandainya mereka insan yang beriman kepada kekuasaan Allah, mereka tidak akan berkata buruk atau merendah-rendahkan insan yang berbuat ibadah, malahan semakin mendoakan . Jadi kalau kalian kahwin muda, lepastu orang sibuk mengeci atau mencerca, biarkan sahaja. Sakitnya tu hati diorang, hati kita semua bahagia je Alhamdulillah :) Kalau ada yang beri nasihat itu, jangan pula kita tolak, terima dengan hati terbuka, ucapkan Alhamdulillah , terimakasih pakcik terima kasih makcik sebab nasihatkan kami. Gitu :)

Yakinlah dengan Kuasa Allah

Konklusinya, kalau nak nikah ni , semua orang nak nikah. Tetapi seeloknya, sulamilah niat itu dengan keyakinan yang teguh pada Allah. Jangan hilang bergantung harap kepada Allah. Tiada siapa yang dapat mengatasi takdir Allah. Semoga Allah memudahkan kalian untuk menjaga hubungan sebelum dan selepas bernikah. Perkara yang paling penting adalah kebergantungan kepada Allah dan jangan sesekali meletakkan bahawa isteri/suami adalah milik kita sepenuhnya. Suami atau isteri hanyalah pinjaman Allah kepada kita di dunia untuk melengkapkan separuh iman agar kita dalam beribadah dengan lebih tenang, merebut pahala dan berbuat kebaikan. Periksa niat, perbaiki amalan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat serba sedikit daripada kami . InshaAllah

 

 

Monday, 19 January 2015

Sihat dengan Herbalife

 
Sebagai Ahli Herbalife di Malaysia, methods kami dalam membantu orang menurunkan berat badan/mengekalkan berat badan adalah melalui produk Herbalife.

Saya merupakan ahli Herbalife di Malaysia sejak 2014 .

Ini adalah gambar testimoni saya :)




Bagaimana Herbalife membantu untuk menurunkan berat badan?


Kunci untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengambil kalori kurang dari apa yang badan kita bakar, pada masa yang sama mencapai keperluan nutrisi seimbang yang diperlukan tubuh kita.


Macam simple. Cut calorie. Take balance nutrition. Kalau memang semudah itu, kenapa semakin ramai orang berlebihan berat badan?



Herbalife is a Meal Replacement

Bila masuk bab diet, ramai orang mulakan dengan kawal pengambilan makanan dan kira kalori. Tapi, walau bagaimanapun kita berusaha sehabis baik, selalunya tak dapat hasil yang diingini. Turun 2-5kg mungkin senang. Tapi 10-20kg?


Inaccuracies in counting calories and estimating portion sizes are two of the biggest obstacles to successful weight loss.

Susan Bowmen, director of nutrition training Herbalife, menerangkan kelebihan makanan gantian Herbalife:



Kelebihan makanan gantian Herbalife:


1) Kuantitinya telah ditetapkan. She meant to say you saved more time because you don't have to weigh you nasi or sayur or buah, but hey, who weigh their food?? Jika anda memang tak timbang makanan anda, anda memerlukan makanan gantian. Ketidak-tepatan dalam mengagak kuantiti makanan adalah antara penyebab diet tidak berjaya.


2) Makanan gantian Herbalife telah direka untuk menyediakan nutrisi secukupnya kepada kita, pada masa yang sama rendah kalori!


Setiap benda yang kita makan adalah kalori. Ramai orang hanya cut calorie tanpa memikirkan keperluan badan. In most cases, apabila kita merendahkan pengambilan kalori, kita juga mengurangkan pengambilan nutrisi. Apabila kita meningkatkan pengambilan nutrisi, kita meningkatkan pengambilan kalori secara tidak sengaja. Kedua-duanya, ada kesan jangka masa panjang lama-kelamaan.

Ambil masa untuk belajar tentang kalori dan pemakanan seimbang. Bagaimana mendapat nutrient secukupnya pada masa yang sama makanan tidak melebihi magic number anda! ;)

Sebab tulah saya memilih Herbalife sahaja. Complete nutrient, low calorie, easy!

3) Mudah dibuat, simple, dan sedap. Sesuai dengan kita yang sibuk


Meal replacement shakes take the guesswork out of calorie and portion control, while delivering healthy ingredients and great taste.


4) In many cases, meal replacement produce better results.


As quoted by Susan Bowmen, "A number of clinical studies have shown that using meal replacements as part of a weight loss plan can be more effective than counting calories with an all-food plan. Consumers who use Herbalife Formula 1 twice per day as part of a healthy lifestyle can generally expect to lose around 0.5 to 1 pound per week. Participants in a 12-week, single-blind, study used Formula 1 twice per day (once as a meal and once as a snack) as part of a reduced calorie diet and a goal of 30 minutes of exercise per day. Participants followed either a high protein diet or a standard protein diet. Participants in both groups lost about 8.5 pounds over the 12-week period."


5) Meal replacement shakes can also be customized, too. By choosing to mix with milk or soy milk, adding a favorite fruit, or tossing in some extra protein powder, a personalized meal can be had in minutes.


Now, it's convenient, delicious, healthy, portion controlled meals. What more could a dieter ask for? ;)


Read original article here: http://health.herbalife.com/health-articles/weight-management/meal-replacement



Bagaimana kami membantu?


First of all, we have the product. As we have explained above how our products help in losing weight.



Second of all, kita mempunyai coaching system yang membantu coachee dengan pemeriksaan yang kerap, identifying flaws kalau coachee tak dapat hasil yang diingini, dan menyediakan social group untuk pelanggan. It's fun, healthy, educational. You'll not only learn how to lose weight, but you will learn to shift your life into healthy lifestyle as a whole. With that value, you will carry it for LIFE InsyaAllah.


Most of the time, our customers become our good friends and we keep in touch beyond Herbalife things. :)



Can I buy Herbalife products from any online store?


Legally, you can't, but of course there's no one there to stop you. If you do, you will not be protected. You may pay for a little different price, but you may not receive the result you wish to have, and you will not be able to ask anyone about it. There are possibilities you might end with expired products or less quality products, and you can't complain about it to anyone. You will also not be able to ask for 30 day money back guarantee.


Hmm, menarik kan? Jadi , jika anda berminat untuk sihat samada turun berat, naik berat , bina otot atau kulit cantik dan juga menjana pendapatan bolehlah hubungi mana-mana Coach Herbalife yang anda kenal, kalau tak jumpa bolehlah hubungi kami 012-606 3182

 

 

Friday, 15 August 2014

Aku tak kuasa nak membalas

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

Jawapan terindah kepada pemfitnah:


"Jika kau benar, semoga Allah mengampuniku.

Jika kau keliru, semoga Allah mengampunimu."


Jawapan terindah kepada penghina:

"Yang kau katakan tadi sebenarnya pujian; sebab aku lebih tahu,

bahawa aslinya diriku lebih rendah dari itu."

Jawapan teragung kepada caci maki & kenistaan:

"Bahkan walau amat ingin membalas, aku tak kuasa.

Sebab aku tak punya kata-kata keji & nista."

Jawapan kepada si pemuji:

"Moga Allah ampuni aib yang tak kau tahu; tak menghukumku sebab sanjungmu;

& menjadikanku lebih baik dari semua itu."


Dipetik dari tweet Ustaz Salim A. FIllah. Saya suka tulisannya.. ^^

Moga jadi pencetus ilham & moga Allah redha. In Sha Allah.


- والله علم -