Monday 7 November 2011

Cubitan sayang dariNya =)


Setiap hari kita di uji. Ujian bukan saja dalam bentuk duka, malah gembira juga ujian.
Ujian di mana kita suka sampaikan lalai mengingati Pencipta, melebihkan dunia dari segalaNya. 
Nauzubillahi min zalik :'(


Kadang-kadang selalu berdoa di berikan ujian, sebab terlalu rindukan rindukan Pencipta. 
Terlalu rindu sujud terakhir.
Terlalu rindu untuk mengadu padaNya. 


Tapi selepas dengar nasihat Kak NurSolehah hari tu hati jadi lega. Lately ni ana lebih banyak berdamping dengan Twitter berbanding Facebook. Di Twitter lah ana kenal Kak NurSolehah Alhamdulillah, jika kita nak kan sesuatu niat kerana Allah SWT, Allah SWT kurniakan orang yang baik-baik untuk kita dampingi. Ana tak cakap diri ana baik, tapi ana cuba jadi yang terbaik demi kejar redha Illahi, bukan pujian manusia sana sini. 

Dan baru-baru ni ana dapat tahu daripada adik Nurul Izzati seorang sahabat ana spread this blog. Err , bukan ana tak suka , cuma kurang selesa dengan cara itu. Maaf yer kak. :'( Apa-apa pun , ana tetap bersyukur sebab ada yang sudi berkongsi ilmu. Cuma..hmm , entahlah.

Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang takutkan Allah SWT, maka semua makhluk akan takut kepadanya, dan sesiapa yang takutkan kepada sesuatu selain daripada Allah SWT maka semua makhluk akan menakutkannya." 


Maaf ana kata, ana juga ada silap dan salah. Kalian semua berhak tergur jika ada kesalahan. Ilmu kita share, semua milik Allah SWT. Buang perasaan riak dalam diri, kita hidup bukan dambakan pujian, selayak-layak yang menerima pujian itu hanya untuk Yang Maha Esa.



Jalan dakwah bukan mudah. Ana pegang ayat ni untuk kuatkan diri ana dalam berdakwah, "Jalan yang di lalui penuh onak dan duri bagai berjalan di atas duri, demi kejar redha Illahi. PAHIT pasti dirasai, tapi MANIS nya jua akan di temui pada akhirnya nanti"


Tanya laa siapa yang berdakwah, 
Semua pernah rasa di benci
Semua pernah rasa di maki
Semua pernah rasa di rendah-rendahkan diri ini.
Semua pernah rasa kesakitan di hati.
Semua pernah rasa pahitnya mujahadah ini.


Ujian ni di berikan tanda Allah SWT sayangkan hambaNya. Dia sentiasa uji kita. 
Sejauh mana kita betul-betul berjihad ke jalanNya. 
Sejauh mana juga kita perlukan Dia, adakah hanya pada saat kita susah je ? 
Tepuk dada tanya imaan.

"Setiap amal dijalan dakwah memerlukan pengorbanan dan keringat. Semakin sukar dan sulit jalan dakwah ini, maka semakin perlu setiap para Daie kepada usaha yang lebih besar di segi persiapan dan latihan untuk mengharungi beban amal tersebut. Sedangkan amal untuk agama Allah sentiasa berterusan, pelbagai bentuk dan luas medannya"
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
“Maka apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” - Ali Imran:159

Apa yang perlu kita lakukan, banyakkan bersabar. Bersabarlah dan berharaplah kebaikan dariNya dan bayangkanlah akan nikmatnya ganjaran nescaya kamu akan melupakan segala pahitnya kesabaran dan dalam waktu sekejap. InsyaAllah, doa senjata kita. Solat cara kita berhubungan denganNya, jika kita tak solat kita sendiri yang memutuskan hubungan kita dengan Allah SWT. Nauzubillahi min zalik!
"Pandanglah agama kamu kepada orang yang paling tinggi dari kamu dan pandanglah dunia kamu kepada orang yang paling bawah dari kamu nescaya Allah akan menuliskan kepada kamu darjat orang-orang yang sabar dan orang-orang yang bersyukur. Semoga Allah melapangkan kesedihan kamu dan penderitaan saudara-saudara kamu"
Firman Allah SWT :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”- Al-Baqarah:155

Sabar lagi bukan ? Sabar itu indah sebenarnya. Semakin banyak kita bersabar semakin kita di sayangi Allah SWT. Nampak bibir tersenyum tapi hati menangis ? Sebaliknya didik lah hati berbekalkan imaan yangk kita ada. Entah esok lusa Allah berikan ujian bentuk yang lain, siapa tahu bukan ? Belum sampai saat kita kehilangan orang yang kita sayang, allahu .. Lagi berat ujian itu. Kepada siapa kita meminta ? Sudah tentu Allah Yang Maha Berkuasa. Kepadanya kita serahkan segalanya, indahnya sabar bila kita mampu tersenyum bila di berikan ujian. 
Jangan tunjuk kita lemah di hadapan musuh kita. Musuh kita bukan melemahkan kita, sebaliknya kerana merekalah kita kuat! Kerana mereka juga lah kita semakin dekat dengan Pencipta! Doa itu senjata, gabungkan doa dengan solat. InsyaAllah, hati akan tenang. Banyakkan berdoa pada sujud yang terakhir. Luahkan apa yang kalian rasa, suka duka dan sebagainya. Rasa rindu untuk bertemuNya satu anugerah! Allahurabbi, sangat indah! 

Imam Ar-razi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa : 
“ Sesungguhnya keikhlasan seseorang insan dilihat ketika berada dalam keadaan ujian (ditimpa bala), dia lebih banyak  kembali mengadu  kepada Allahnya berbanding ketika menerima habuan dunia.
Allah menjelaskan hakikat dan sunnah ini melalui firmannya  yang bermaksud :
“Dan kami pasti menguji kamu dengan setu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar yang apabila mereka diuji dengan satu-satu musibah, mereka berkata : Sesungguhnya dari Allah dan kepadanya kami dikembalikan..”.

Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah, semakin dekat diri kepadaNya, semakin kuat taufan yang melanda, biar rebah, jangan berubah, biar terbuang teruslah berjuang. Senyum mujahid memburu syahid! Allahuakbar!

Maaf andai ada tersilap kata, mengguris hati mana-mana pihak. Ana seorang hamba yang hina lagi lemah tidak berdaya. Hulurkan tangan, ringankan beban*Bersamamu TV3 hihi. Ana tak dapat nak puaskan hati semua pihak, ana dapat ana share pada semua. InsyaAllah, ana cuba perbaiki diri ana, tegur andai ada silap dan salah, jangan biarkan ana melangkah ke Neraka. Allahu, nauzubillahi minzalik! Assalamualaikum wbt 

Spread Islam, Spread Love
Hadis sumber - Buah hati yang handsome lagi kacak bergaya

* Mencintai seseorang yang belum halal pun dikira ujian jugak ^^  


(rujuk Surah Al Baqarah ayat 235 yer ) =)