Wednesday 14 March 2012

Mengapa kisah keluarga Imran diceritakan dalam Al Quran?

Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa?Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…Tapi fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…

Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)

Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..

Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly!

Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…

Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…


Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..

Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya
(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. 


sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.

Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya…

1)Semasa hamilniat anak untuk agamadoakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan

Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…


2)Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang harimalam bangun tahajjud doa pada Allah.

3)Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amalHari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…
4) Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…


Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga

5)Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan  orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita

6)Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…

Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….Macam Nabi Muhammad SAW sabda lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…

WALLAHUALAM…

Berdoa untuk Anak dengan Cara yang Disukai oleh Allah

Allah swt Maha Berkuasa.


Allah swt boleh lakukan apa sahaja tanpa sebarang pertolongan daripada makhluk. Allah swt boleh hidupkan makhluk hanya dengan kalimah “kun” (jadilah!) sahaja. Allah swt juga berkuasa mematikan makhluk, dengan sakit atau tanpa sebarang sakit. Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat, meskipun di kawasan yang tandus seperti dalam kisah Nabi Nuh a.s. Dan Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat dengan hujan, atau pun tanpa hujan. Begitu juga, Allah swt boleh keringkan satu tempat yang banjir, dengan matahari, atau pun tanpa matahari. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Allahuakbar! :)


Allah swt Maha Pencipta.
Allah swt telah menghidupkan manusia daripada setitis air mani. Allah swt telah menjaga anak yang berada dalam kandungan sehingga cukup segala sifatnya, kemudian dijaga dan dipelihara sehingga selamat dilahirkan oleh ibunya. Apabila seorang bayi telah lahir ke dunia, sedikit demi sedikit Allah swt telah berikan penglihatan dan pendengaran kepadanya. Allah swt telah pelihara rezeki seorang bayi, walaupun dia tidak dapat bergerak ke mana-mana. Dan Allah swt telah hantar makanan dan minuman terus tersuap ke dalam mulutnya. Subhanallah! :)


Mengapa Allah swt menciptakan tanda-tanda kebesaran ini?
Kerana Allah swt menghendaki kita untuk memikirkan dan menyebut-nyebut tentangnya. Semakin banyak kita berFIKIR dan berCAKAP tentangnya, maka semakin meningkatlah iman dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah swt. 


Semakin kita yakin pada kekuasaan Allah swt, maka bertambahlah keyakinan kita terhadap pertolongan daripada Allah swt.
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah An Nasr (Pertolongan),


Surah AnNasr

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
(2) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
(3) maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Betapa gembiranya Allah swt tatkala hamba-hambaNya memuji-muji namaNya dan memohon keampunan daripadaNya. Sehingga di ayat terakhir surah ini, Allah swt telah perintahkan kita untuk bertasbih dan memohon ampun daripadaNya. Sahabat-sahabat r.ahum telah melakukannya, dan Allah swt sangat menyukainya sehingga Dia telah mengurniakan kemenangan yang besar kepada umat Islam di zaman tersebut.


Sebagaimana Allah swt telah menurunkan pertolonganNya di zaman para sahabat r.ahum, Allah swt juga berkuasa menurunkan pertolongan seperti itu atau lebih hebat lagi di zaman ini. Allah swt akan menurunkan pertolongan kepada umat Islam, apabila mereka sibuk memuji-muji kebesaran Allah swt dan mereka turut memohon keampunan daripada Allah swt. Allah swt sangat sukakan dua perkara ini.


Maka insyaAllah, sama-samalah kita berusaha untuk berdoa buat anak-anak kita dengan cara yang disukai Allah. Sebelum menyatakan hajat kepada Allah swt;
1. Pujilah dan sebutlah kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya, sehingga datang kesan di dalam hati kita. Samada kita berada di dalam mood berdoa atau pun tidak, sebutkan, cakapkan, ceritakan & dakwahkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya. Nescaya, InsyaAllah, segala doa kita akan menjadi makbul dan pertolongan daripada Allah swt akan datang mencurah-curah kepada kita.




Tip:
Bagi kita (terutama diri saya), ibubapa yang baru-baru nak belajar menyebut kebesaran Allah swt ini, adakalanya kita tiada idea untuk menyebutkan kebesaran Allah swt yang mana satu. Jika situasi ini berlaku, mulakan dengan kebesaran Allah swt yang kita mahukan untuk anak kita. 


Sebagai contoh;
Jika kita mahu Allah murahkan rezeki anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pemberi Rezeki, sebanyak-banyaknya.


Jika kita mahu Allah swt berikan kepandaian kepada anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Bijaksana.


Jika kita mahu Allah swt berikan anak kita sifat pengasih dan penyayang, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang, sebanyak-banyaknya.


Selepas kita dapat menyebut satu sahaja kebesaran Allah swt, dan kita berazam untuk menyebutnya lagi dan lagi, maka Allah swt akan berikan kita pertolongan dan ilham untuk kita menyebutkan kebesaran-kebesaran Allah yang lain. InsyaAllah :)


2. Beristighfarlah. Mohonlah keampunan daripada Allah swt sebanyak-banyaknya, kerana Allah swt suka untuk menzahirkan sifatNya yang Maha Pengampun. Allah swt suka orang yang bertaubat. Allah swt mahu kita segera bertaubat selepas melakukan sesuatu dosa. Allah swt sangat suka untuk mengampunkan hamba-hambaNya.


Sekiranya kita memerlukan pertolongan daripada Allah swt (dan hakikatnya kita sentiasa memerlukan pertolongan daripadaNya), mohonlah dengan cara yang disukai oleh Allah swt. 


InsyaAllah, pertolongan Allah swt akan turun mencurah-curah kepada kita dan anak-anak kita. Dan kalau tidak keberatan, sertakanlah doa buat anak-anak saudara-saudara kita dan umat Nabi Muhammad saw di seluruh alam.


Saya akui masih muda nak cerita tentang keibubapaan. Tapi itulah saya, saya sentiasa berharap dapat dan mampu mendidik dan membesarkan bakal anak-anak saya menjdai insan yang soleh dan solehah. =')



Ingatlah apabila terputus roh dari jasad anak adam, hanya tiga amalan yang akan berterusan. Itulah dia Sedekah Jariah, ilmu yang disampaikan, dan juga doa anak2 yang soleh.
 



Wallahua’lam




Doaku : 


Ya Allah Jadikanlah diriku ibu yang mampu melahirkan dan mendidik anugerahMu dengan sebaik-baiknya

Sunday 11 March 2012

Berjuanglah Ya Ummah.


Bismillahirrahmanirrahim =)

Selalu kita semua dengar , 

= Jihad fi sabilillah 

= Jadilah mujahid dan mujahidah solehah

Hm , semua tu benar semuanya. Lahirnya kita memang kita digesa untuk menjadi Pejuang. Pejuang tak bermakna harus ke medan perang. Hatta , melawan nafsu pun adalah satu perjuangan =)

Satu puisi indah daripada Oki Setiana. =) Hayati dan resapkan ia disanubari .
Semoga kita dapat bersama-sama menjadi insan yang Syahid di Jalan-Nya . Amin Ya Rabbal Alamin.










رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Friday 9 March 2012

The Love Games of Devil


Bismillahirrahmanirrahim. =) Bila cakap pasal mainan , kat dunia ni ada macam-macam jenis mainan. Tapi jangan lupa , benda ghaib pun ada mainan juga. Salah satunya , Mainan Cinta Syaitan =)
Terimakasih buat ukhti Amirah yang menyedarkan saya tentang mainan syaitan ni =) , tapi saya dah edit sikit.. Jadi inilah hasilnya. =) Alhamdulillah












Peringatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa.
Allahu ='(

Tuesday 6 March 2012

Agama + bersedia nafkah = Nikah ^_^


Kita mesti berpijak pada realiti. Bukan hanya angan-angan indah nak nikah. 


"Jangan hanya tahu segera nak nikah, tapi kena segera lakukan persediaan untuk menikah."



Anda bukan hanya menikahi someone yang anda suka, hakikatnya anda menikahi tanggungjawab-tanggungjawab berat. 


Tanpa persediaan, pasti rumahtangga pincang. Sedangkan institusi rumahtangga adalah pusat tarbiyah utama yg penting dalam menghasilkan produk Muslim yang bermutu tinggi. 

Jika ketua keluarga pun kurang berkualiti dek kurang persediaan itu ini, bagaimana nak lead sebuah keluarga Mukmin?


Persediaan; sekurang-kurangnya tahu agama dan boleh beri nafkah.






-syababmusafirkasih


Aku mungkin tak mampu jadi ustaz yang hebat berceramah di khalayak ramai, tapi harapnya jangan pula aku juga tak mampu jadi 'ustaz' pada isteriku nanti.

10 soalan sebelum bertunang,


Bismillahirahmanirrahim , in the name of Allah  =)
Bila dah menginjak pra-adult ni , kadang-kadang terfikir juga perkara ni.

"Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki"

Pernah dengar tak ayat ni ? mesti semua pernah dengar atau baca kan ? so , bila terfikirkan benda-benda macam ni . Actually , itu semua fitrah =) Means , its time for us to be prepared.

Saya tak nak berkahwin or ada suami semata-mata nak hidup bersama , tapi bercinta bersama , mencintai Allah bersama-sama. 


Bila kita menyatakan hasrat kita sayang seseorang it's mean kita nak ke syurga dengan dia.

kita akan berusaha sedaya upaya , bermujahadah semahunya untuk memimpin dan dipimpin sebab kita ikhlas nak jadikan perkahwinan satu tiket untuk ke syurga , bukan semata-mata nak menyalurkan nafsu semata-mata. Itu baru namanya cinta kerana Allah. :)



Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.





10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Ada pula yang terlebih bergaul terlebih bergaul sampai tak tahu batas diri.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

=) But do remember , harta itu penting demi menjamin kemudahan dan keperluan hidup. Keturunan juga penting demi kebahagian hati. Kecantikan jua penting demi memenuhi fitrah hati. 


Tapi INGAT , 




  • Bila si dia mempunyai AGAMA , insyaAllah peribadi takwanya akan memastikan kewangannya stabil sebelum mendirikan Baitul Muslim denganmu.

  • Bila si dia mempunyai AGAMA , insyaAllah , peribadi takwanya mencerminkan dia lahir dan mampu memberikan keturunan yang baik jua.

  • Bila si dia mempunyai AGAMA , insyaAllah , peribadi takwanya menunjukkan kecantikan yang hadir seadanya pada dirimu :)


Jadi , bijak lah dalam memilih ;)