Monday 2 April 2012

Semua yang kita dapat Allah pemiliknya =)


Bulan lepas  ( 21 Mac 2012) result SPM untuk pelajar SPM 2011 keluar  . Ada yang menangis suka , duka ada juga yang tak rasa apa-apa. Dan ada juga yang termenung je. Dan saya , ya saya juga tergolong dalam kalangan yang menangis suka + duka + termenung tu. Tapi , itulah kenyataannya . rezeki tu dah Allah bagi , terima jelah. 
Walaupun orang kata saya berjaya ,  tapi saya tetap menyesal. Sebab saya rasa saya masih tak berjaya. Sebab apa , hm , sebab kadang-kadang saya rasa macam tak bersyukur pula . 


Tapi ,  ingat yer ,  kejayaan atau kegagalan dunia itu ada dua maksud. Samada nikmat atau ujian. Ada orang , Allah kurniakan kejayaan padanya. Tapi rupa-rupanya itu dugaan buat dia. Sebab dia terlupa , bongkak dan riak. Akhirnya dia berjaya dunia , di akhirat dialah yang paling derita. Nauzubillah . Seandainya senang di dunia menjanjikan penderitaan di akhirat , saya lebih memilih untuk susah.


Saya percaya, ramai orang bersetuju bahawa maksud kejayaan itu adalah subjektif. Sebagai manusia , kita lah yang menetapkan garis ukur kejayaan untuk diri kita. 





Apakah erti kejayaan untuk anda?

Ada orang menilai kejayaan dari sudut pencapaian akademiknya.
Ada juga yang meletakkan seseorang  itu berjaya bila ia berjaya mengumpul harta yang banyak, ada kereta besar dan ada rumah besar.

Mengapa erti kejayaan ini sangat penting?
Apabila kita rasakan bahawa kecemerlangan akademik adalah kejayaan buat kita, maka kita akan tumpukan usaha pada akademik semata-mata . Belajar di sekolah yang bagus , ke kelas tuisyen dsb.

Apabila kita meletakkan kejayaan itu pada harta, maka kita akan usahakan supaya kita mempunyai pendapatan tetap, ada kerjaya yang baik, ada ijazah kelas pertama supaya dapat mohon kerja yang bagus dsb.

Ya, erti kejayaan yang kita cipta akan memberi kesan terhadap apakah yang akan kita usahakan untuk diri kita sepanjang mendidik hati.

Jadi, apakah erti kejayaan yang sebenar untuk diri kita?

Kejayaan yang hakiki, ialah apabila kita dapat taat perintah Allah swt dan dapat amal cara hidup Rasulullah saw dalam setiap yang dilakukan dalam kehidupannya.

Sekiranya dia seorang yang cemerlang akademiknya, dia adalah seorang pelajar genius yang taat kepada Allah dan RasulNya.
Sekiranya dia seorang doktor, dia adalah seorang doktor yang taat kepada Allah dan Rasulnya.
Sekiranya dia seorang businessman, dia adalah seorang businessman yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Hasilnya…

Seorang pelajar yang beriman pada Allah dan Rasulnya akan yakin bahawa kejayaan yanga da padanya bukan datang dari kepandaian dirinya, tetapi ia datang daripada Allah.

 Dengan ilmu yang dia ada, dia akan gunakan dan amalkan mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah swt dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Seorang doktor yang beriman akan bekerja dengan ikhlas. Merawat pesakitnya kerana Allah. Mengajak pesakitnya untuk sentiasa dekat kepada Allah yakin kepada kuasa Allah. Hanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakit.

Ubat dan doktor tak dapat sembuhkan sebarang penyakit. Maka, nasihatnya pada pesakit adalah supaya menambahkan ibadah dan doa nya agar disembuhkan dari penyakit.

Seorang businessman yang beriman akan menjaga waktu solatnya. Kerana dia yakin, rezeki itu datangnya daripada Allah. Bukan daripada usahanya memajukan perniagaan.

Dia tidak akan memakan riba’ kerana riba’ itu diharamkan oleh Allah dan setiap yang Allah swt haramkan pasti membawa kegagalan. Dia yakin, semakin tinggi ketaatannya pada Allah swt, semakin berjayalah kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Letakkanlah erti kejayaan yang sebenar kepada jiwa kita, supaya kita tahu apakah yang lebih utama untuk hidup ini. Walau setinggi mana pun ijazah yang kita perolehi, walau setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, walau sebanyak mana pun harta yang kita dapat kumpul, Allah swt tidak pernah akan tanya semua itu apabila kita tiba di akhirat nanti.

Allah swt hanya akan tanya kita, tentang IMAN dan AMAL yang telah kita usahakan di dunia ini. Kedua perkara ini jugalah yang akan menentukan kejayaan abadi buat kita, samada ditempatkan di syurga mahupun di neraka.

Buat yang berjaya peroleh banyak A , Alhamdulillah , syukur kepada Allah. Tapi jangan berangan A yang lagi satu mampu kau miliki , iaitu Akhirat Abadi jika tidak kenal pemilik sebenar ‘A’ itu. Iaitu ALLAH.

Buat yang tidak begitu gembira dengan apa yang dimiliki setelah usaha tanpa lelah , muhasabah diri kembali , Allah sayangkan kalian , Dia lebih memilih untuk membahagiakan akhirat yang kekal abadi buat kalian berbanding kebahagiaan dunia yang banyak menipu . =) 

Tiada satu pun di dunia milik kita melainkan Allah yang punya.



I want to die with my forehead on the ground, The sunnah my heart, Allah on my mind, Quran on my tongue, And tears in my eyes... Amin...