Monday 1 April 2013

Setia kepada Agama


(1.30 p.m . 2 April 2013
Bismillahirahmanirrahim.. 

Azan dah lama berkumandang , langit pula makin gelap dan gelap. Guruh dah mula bersuara. Aneh. Walaupun cuaca sangat panas tadi , tiba-tiba je alam berubah , melaksanakan tugas alam. Menurunkan rahmat dari Allah . Dan akhirnyaa.. eh tak hujan :) peliknyaa.. :)

Kebetulan pula dengan hati saya harini. Awal pagi tersangatlah ceria. Langsung tak ada kecewa , duka , takut ataupun apa-apa. Tergelak-gelak dengan kawan , jumpa lecturer , belajar bersama. Tapi , lepas kiriman satu berita. Tiba-tiba mendung wajah ni , murung sekejap. 

Tapi , alhamdulillah , saya tak hujan ( menangis) ^_^ Subhanallah , tak pernah rasa perasaan macam ni. Aneh , tapi bahagia. Tak tahu bahagia sebab apa. Keliru , tapi tenang.

"Cuaca" saya sama dengan cuaca kat Kota Samarahan ni :)

Termenung lama sebenarnya dalam kelas tadi , kawan tengah public speaking pun macam tak masuk suara dia tu dalam telinga. Pandang slide dia pun macam takde perasaan. Haih..

Betul lah , ujian Allah bukan untuk menyusahkan. Perkara yang agak lama tersimpan , akhirnya terungkai jua. Keputusan yang susah untuk dibuat , akhirnya diputuskan jua. Alhamdulillah , Allah mudahkan segalanya.


"Patutkah engkau katakan engkau beriman , padahal engkau tidak di uji dengan sesuatu cubaan ? "
Al Ankabut ayat 2 

Indahnya aturan Allah. 

Bila saya fikir dalam-dalam. Hmm , bukan saja-saja Allah aturkan hidup begini ^_^

Bukan saja-saja Allah hantar ke Sarawak , walaupun tersangat jauh dari keluarga.
Sebab , di sinilah , banyak perkara yang mentarbiyah diri saya.

Bukan saja-saja Allah letakkan perasaan itu pada dia.
Sebab dari situ timbul persaan untuk lebih mememlihara

Bukan saja-saja perkara ini banyak campur tangan orang yang tak sepatutnya , 
tangan-tangan orang yg mulanya hanya gurauan tetapi akhirnya menjadi fitnah dan dugaan orang lain.
Kerana dari situlah saya belajar betapa pentingnya pandangan Allah berbanding pandangan manusia.

Bukan saja-saja Allah turunkan masalah.
Kerana dari situ saya belajar untuk meleraikan tali yang berbelit-belit.

Bukan saja-saja Allah biarkan kita jatuh , rebah , tak mampu berpaut kembali.
Kerana dari situ kita faham apa maksud usaha dan tawakal.

Bukan saja-saja Allah buat kita derita untuk memilih antara dua,
Kerana dari situ , kita belajar pergantungan sepenuhnya pada Allah.

Kadang-kadang , diri ini tak mampu bertahan dengan ujian. Adakalanya kita mampu untuk hadapi , adakala kita gagal untuk hindari. Saya juga manusia biasa , tak akan terlepas dari dosa dan tersilap langkah. Tapi , saya tak akan menyerah , saya tahu siapa saya. Saya tak kisah apa orang nak cakap. Cukuplah bila diam itu yang bersuara.

Apalah ertinya pandangan hina manusia , jika kau tahu engkau bekerja untuk Dia.


Peringatan buat diri , agar lebih kuat dan cekal. Life without challenge is nothing :)