Facebook oh
Facebook…
Engkau datang
ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang
cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa,
remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para
pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook
sebagai medium bersosial terkini.
Facebook oh
Facebook…
Bukan setakat
itu sahaja,
Malah ramai
ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada
memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau
yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik
pada niat dan cara si pengguna.
Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.
Facebook oh
Facebook…
Banyak aib
manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis
dan wanita menjadi tontonan,
Masalah
rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu,
tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah
semakin jelas kelihatan.
Facebook oh
Facebook…
Akal dan nafsu
selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan
Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal
terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa
kerana ‘ikan dah masuk bubu’,Gejala sosial ganda beribu-ribu.
Facebook oh
facebook..
Banyak rahsia
dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku
makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat
rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu
hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo,
dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku
kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu
berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni
RM50 aku sedekah”
Macam-macam
gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul
caranya dan ada yang salah.
Facebook oh Facebook…
Engkau beri
juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar
hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan
manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia
adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan
hasanah, membaiki diri dan masyarakat.
Facebook oh Facebook..
Belum lagi kes cintan cintan ,
Sampai lagu Muka Buku pun diputarkan ,
Entah mana pergi melayangnya sifat malu benteng pertahanan ,
Yang alim mujahid mujahidah pun sibuk menggatal sebab hati dah hancur iman
Konon-konon nak berkongsi ilmu dan amal supaya dapat jadi pedoman
Last-last dok seronok chatting sterusnya SMS tergadailah solat dan amalan
Belum lagi kes cintan cintan ,
Sampai lagu Muka Buku pun diputarkan ,
Entah mana pergi melayangnya sifat malu benteng pertahanan ,
Yang alim mujahid mujahidah pun sibuk menggatal sebab hati dah hancur iman
Konon-konon nak berkongsi ilmu dan amal supaya dapat jadi pedoman
Last-last dok seronok chatting sterusnya SMS tergadailah solat dan amalan
Facebook oh
Facebook…
Keasyikan
terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat
di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai
anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa
itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang
paling utama dan mesti didahulukan.
Facebook oh
Facebook…
Engkau
membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual
dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan
dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah
mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah
berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah
pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa
begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang
tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan:
Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!
Facebook oh
Facebook…
Engkau kini
semakin dahsyat,
Memberi kesan
baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada
kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah
engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku
telah menggunakanmu untuk berbuat taat.
No comments:
Post a Comment