"Sungguh aku bukanlah insan yang mampu mengaturkan segalanya"
Bismillahirahmanirrahim..
Aku hamba , ya , aku hamba.. siapa aku untuk menentukan segalanya..
Sungguh , berat hati saya untuk terima segala yang jadi. Tapi , dalam masa yang sama , saya malu sendiri. Kenapa saya mesti bersedih atas apa yang dah berlaku , padahal Allah pemilik segala takdir. Kalau saya tak redha bererti saya tak mengimani sifat Allah Maha Merancang. Naudzubillah.
Ujian , semua orang pun ada ujian masing-masing. Ujian yang saya terima tak setanding dengan ujian yang di terima para anbiya'dan para syuhada. Ya , saya mengaku , kadang-kadang mata ni tak mampu menanggung sebaknya hati. Lepas satu satu yang datang. Astagfirullah , siapa aku nak meratap pada ujian yang Dia beri ?
Ujian yang Allah beri bukan untuk menyusahkan. Mesti ada sesuatu yang Dia nak sampaikan. Saya terima , saya belajar untuk redha. Saya belajar kuatkan hati. Dalam keadaan sedih , jauh dengan keluarga , kawan-kawanlah yang saya cari untuk luahkan perasaan, minta pendapat dan usaha untuk minta bantuan tatkala kesusahan. Sungguh , Allah telah buka mata hati saya seluas-luasnya. Daripada ujian-ujian itulah saya sedar siapakah kawan dan siapakah sahabat. Sungguh , tiada siapa yang lebih baik antara sahabat dan kawan. Kedua-duanya baik , cuma Allah uji. Allah sedang menguji kami.Allah menguji hati siapa yang digerakkan Allah untuk hulurkan bantuan.
Alhamdulillah ya Allah. Melalui ujian Dia sedarkan saya sebelum sempat saya menilai kawan-kawan saya. Dia menyedarkan saya apa yang saya leka. Dia sedarkan saya dimana kurangnya kepekaan saya.
Saya sedar ramainya insan yang tak boleh bersama kita waktu kita kesusahan. Tapi , sesekali saya tak pernah salahkan mereka. Mungkin saya pun bukanlah sahabat yang baik buat mereka. Mereka jauh lebih baik daripada saya , cuma Allah uji ukhuwah kami dengan turunkan ujian kepada saya. Agar saya mengerti siapakah kawan dan siapakah sahabat sejati. Saya hargai ujian yang Allah beri .
Saya tak layak nak mengeluh ujian kesusahan , kehilangan , kesempitan yang Allah turunkan. Rasulullah saw si kekasih Allah , beginda menerima ujian lebih baaaaanyak daripada ujian yang saya dapat. Ujian tohmahan umat , kemiskinan , kehilangan insan yang baginda cintai , kebencian dan macam-macam lagi. Tapi , bagindalah yang diangkat Allah swt sebagai sebaik-baik manusia , kekasih Allah Yang Esa.
Meskipun baginda kekasih Allah , baginda juga insan yang diturunkan pelbagai ujian tanpa henti.
Mengertilah wahai Haziqqah , ujian Allah adalah tarbiyah. Bersyukurlah Allah sentiasa hidupkan hatimu melalui ujian agar dekat dengan Dia. Allah tak nak engkau leka. Bersyukurlah dikurniakan ujian ^_^
" Apakah engkau mengira engkau beriman padahal engkau tidak di uji ? "
Al Ankabut : 2
Allah tidak akan menguji diluar batas kemampuan hambaNya. Malulah sebab hanya ujian ini yang mampu kita tanggung , jauh berbeza dengan ujian berat yang diterima orang lain.
Yang hilang , janganlah ditangisi..yang pergi , redhakanlah..yang dah berlaku biarkanlah pergi.. Hiduplah di dunia untuk menerima segala yang Allah aturkan ^_^..
No comments:
Post a Comment