Kawan kutuk kita tak apa , jangan kita kutuk dia balik. Mungkin sesekali bila borak -borak , kawan kita buka aib kita , bukan sekali tetapi banyak kali. Tak pe , biarkan je dia. Kita jangan kutuk balik. Kalau kita kutuk balik , apa beza kita dengan dia ?
Maafkanlah dia. Mesti kita lebih bahagia.
Maafkanlah dia. Mesti kita lebih bahagia.
Hidup bersahabat tak selalunya indah. Ada saat Allah hantarkan semua sahabat yang solehah , Alhamdulillah. Bila jumpa je mesti ada saja nasihat dan tarbiyah. Tetapi hidup bersahabat ni pun macam roda , adakala kita di hantar Allah ke dalam kelompok sahabat yang lain dari yang solehah itu.
Tapi janganlah mengeluh. Itupun ujian dari Allah , ujian yang berbentuk tarbiyah, mendorong hati kita betapa kuatnya mempertahankan iman yang ada dalam hati.
Mungkin ada sikap dan tabiat kawan kita yang tidak elok , tetapi janganlah mudah terpengaruh. Jangan pula kita mengutuk. Terimalah sahabat kita seadanya meskipun kadang-kadang susah untuk dia terima kita.
Jadilah seperti ikan, walaupun lama di lautan berair masin , namun isinya tetap tak berubah. Kuatkan pendirian dan pergantungan kepada Pencipta insan.

Walaupun Allah menghantar kita ke dalam golongan sahabat yang jauh dari tarbiyah , jangan pula kita mudah menghukum. Jangan mudah bersangka buruk.
Banyakkan bersabar.
Banyakkan istighfar.
Banyakkan istighfar.
Mungkin payah untuk di ubah. Sebab masing-masing sudah besar panjang. Tahu membuat keputusan yang mana elok mana tidak elok. Tahu apa itu solat. Sungguh perjuangan itu memang tak mudah. Kalau perjuangan itu mudah , tidaklah dinamakan perjuangan :)
Kalau kita mampu untuk menegur kita tegurlah secara halus. Tapi , jangan harapkan apa-apa. Bimbang kita akan kecewa dan terus putus asa.
Kalau kita mampu untuk menegur kita tegurlah secara halus. Tapi , jangan harapkan apa-apa. Bimbang kita akan kecewa dan terus putus asa.
Jangan bersedih.
Sentiasa positif.
Sentiasa positif.
Makhluk Allah tak semua dilahirkan dan dikurnia tarbiyah serta merta. Hidayah itu milik Dia. Kita cuma hamba, yang mampu menyampaikan kebaikan semampu sekuat sedaya kita.
Ada yang dapat cepat , sedari lahir mak ayah dah tekankan ilmu syariat.
Ada yang dapat di pertengahan usia
Ada yang dapat di penghujung usia.
Kita doakan agar semua hamba Allah dapat merasa walau sekejap cuma apa itu manisnya hidayah. Apa itu manisnya beribadah dan berakhlakkan Rasulullah saw.
Andai sahabat kita masih tak terkesan dengan teguran kita , besabarlah. Jangan bermasam muka. Doa pada Allah. Doalah kepada pemilik hati hamba-hambaNya. Jangan pernah mengeluh.
Walaupun berjuta kali kita menegur sahabat kita , tetapi masih kekal perangai dan sifat lamanya, jangan pernah sesekali kita mengeluh.
Lupakah kita betapa peritnya perjuangan Rasulullah saw untuk membawa kembali umat-umatnya ?
Baginda jauh lebih besar dugaan , sehinggakan bapa saudara yang paling baginda cinta tak mampu untuk memeluk Islam dan merasai kemanisan Iman. Inikan kita hanya sahabat yang tak lebih dari 100 orang untuk ditarbiyah.
Bersabarlah wahai hati :)
Banyakkan bersabar.
Banyakkan istighfar.
Banyakkan bersabar.
Banyakkan istighfar.
Mungkin ada silap kita di mana-mana. Ataupun mungkin itu cara Allah ingin menguji kita. Jangan pernah buruk sangka. Doa pada Dia. Jangan berhenti. Sebutlah nama sahabat satu persatu , dengan nama penuh di dalam solat di dalam doa. Jangan sesekali memandang rendah pada kuasa doa. Dengan doa takdir boleh berubah , dengan doa insan-insan dapat hidayah :)
Perbetulkan niat untuk bantu sahabat.
Kita membantu bukan nak tunjuk kita ini baik. Kita bantu agar sahabt kita dapat berpimpinan dengan kita di syurga. InsyaAllah.
Andai kita dicaci , dikutuk. Jangan bersedih.
Insan yang kuat pergantungannya dengan Allah tidak akan merasa sedih akibat perbuatan manusia ,kerana dia tahu bahawa Allah sedang mengajarkannya sesuatu melalui manusia dan insan-insan disekelilingnya.

Insan yang kuat pergantungannya pada Allah hanya merasa sedih atas kesilapan dan dosa-dosanya yang lalu.
Sedih andainya taubatnya tidak lagi diterima Allah.
Sedih kerana tak mampu untuk membuat pilihan yang tepat ketika bertindak.
Sedih kerana tidak dapat menggunakan pancaindera yang Allah kurniakan untuk kebaikan.
Sedih kerana tidak dapat menggunakan pancaindera yang Allah kurniakan untuk kebaikan.
Insan yang kuat hatinya pada Allah, hanya bersedih atas KESILAPANNYA SENDIRI.
Kalau kita kenang balik kisah Nabi Nuh a.s. Doa baginda ialah
Kalau kita kenang balik kisah Nabi Nuh a.s. Doa baginda ialah
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
(QS Al-Anbiya’ : 87).
Nabi Nuh a.s bersungguh-sungguh menasihati kaumnya untuk beriman namun tidak ada siapa pun yang beriman , sampai satu tahap Nabi Nuh a.s putus asa dan keluar dari daerah kaummnya dan terperangkap didalm perut ikan Nun. Nabi Nuh a.s tidak berdoa agar dikeluarkan dirinya dari perut ikan Nun dan tidak pula berdoa agar kaumnya mengikuti ajarannya. Tetapi , Nabi Nuh a.s berdoa dengan menyesali dirinya , "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" .
Maka dengan kuasa Allah, Nabi Nuh a.s keluar dari perut ikan nun dan tidak mengeluh lagi malah makin bersemangat menyampaikan dakwah walupun tidak diterima oleh kaumnya :)
Jadi , contohilah sifat Nabi Nuh a.s yang tidak pernah menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri mahupun penderitaan yang di alami , malah baginda menemplak diri sendiri dan memohon keampunan Allah semahu-mahunya di hadapan Allah.
Maka apalah sangat kita ini di uji dengan cakap-cakap buruk manusia terhadap kita, dan mudah kecewa bila nasihat yang kita beri tidak diterima.
INGAT
INGAT
Ujian adalah tarbiyah dari Allah , apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya :)
"Apakah engkau mengatakan engkau beriman sedangkan engkau tidak di uji? " al ankabut ayat 2
"Apakah engkau mengatakan engkau beriman sedangkan engkau tidak di uji? " al ankabut ayat 2
Bersabarlah wahai hati-hati yang mempunyai iman , sesungguhnya Allah ingin meninggikan darjatmu :)
Puncak gunung itu tak akan dapat dinikmati pemandangannya andai kita tidak bersusah payah mendaki liku-liku batu yang tinggi :)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment