Bunyi pedang berlaga, nyilu kedengaran bagi sesiapa yang tidak sinonim dengan keadaan itu. Negeri Muara Meracik sedang dilanda perang anasir dari golongan penjajah, Tanjak Merasuk. Kelihatan pangeran Negeri Muara Meracik sedang melibas-libas pedangnya ke arah tentera Tanjak Merasuk. Satu-satu nyawa melayang, darah memercik ke serata tempat. Namun kaki pengeran itu sasa melangkah ke depan. Matanya tepat memanah fokus pada Ketua Abros, ketua golongan penjajah Tanjak Merasuk.
“Tuanku Mursyeed, hati-hati di sisimu !” Jerit Panglima Hamim. Namun seketika saja, pedang Panglima Hamim sudah menghunus dada tentera musuh.
“Syukran wahai sahabatku, Panglima Hamim. Mari kita berkasih menuju kemenangan sebenar !” Teriak pula pengeran Negeri Muara Meracik itu. Mereka tidak bertentang mata, namun hati mereka paut erat bersama.
Tanjak Merasuk adalah golongan yang paling digeruni oleh seluruh Balad Amman. Majoriti negeri di bawah Balad Amman sudah dijajah Tanjak Merasuk seperti Negeri Tengah Mentaram, Negeri Hulu Mendaik, Negeri Tebing Menjulang. Hanya masih dua negeri di bawah Balad Amman yang masih belum ditawan Tanjak Merasuk iaitu Negeri Muara Meracik dan Negeri Hilir Merapuh. Sudah berkali-kali Tanjuk Merasuk menghentam kedua negeri itu, namun tidak juga bisa ditawan. Sehinggakan Ketua Abros sendiri hairan kerana negeri di bawah Balad Amman yang sudah dia tawan itu lebih besar daerahnya daripada kedua negeri ini. Ada masanya mengkaji, namun masih tidak mendapat jawapan. Dia bercita-cita, seandainya dia dapat tahu apa yang menghalangnya menang, dia akan bertungkus-lumus menjatuhkan Kerajaan Negeri Muara Meracik dan Negeri Hilir Merapuh. Dia amat benci dengan Mursyeed. Namun entah mengapa, setiap kali dia mahu menghabiskan pengeran negeri itu, seolah-olah hatinya kuat tidak mampu. Hanya kakinya tertegak menjaraki Mursyeed Marwanis itu. Ada kisah yang masih tersembunyi. Ada kisah yang menduka hatinya membuat dia membenci Musyeed Marwanis lalu menubuhkan Kerajaan Halusinasi, golongan penjajah. Iaitu Tanjak Merasuk bersama 4 kroninya yang lain.
Kini langkah Tuanku Mursyeed terhenti. Pedang Pencak Langitnya dibenamkan ke bumi. Bergegar seketika daerah bertumpah darah itu dengan aura pangeran negerinya.
“Kau apa khabar, Abros ? Bagaimana imanmu hari ini ? Adakah kau masih memusuhi Allah dengan segera menjatuhkan aku dan kerajaanku ?” Hanya bertalu soalan menjemput Ketua Abros.
Arghh, dia masih dengan senyumnya ! Bentak hatinya. Mengapa setiap kali dia bertentang dalam peperangan, Mursyeed Marwanis menghadiahinya senyuman itu ? Bukan senyuman mengherot menyinis. Bukan senyuman menjahat mengkhianatinya. Sudah pula, soalan yang sama dari dulu sampai sekarang. Mengapa dia bertanyakan tentang Tuhannya ? Adakah Tuhannya itu akan memberikan aku kemenangan seandainya aku tunduk kepada Tuhannya yang bernama Allah itu ? Ah, dusta ! Aku lebih berkuasa dari Tuhannya. Aku bisa memberikan kenikmatan berbanding Tuhannya yang entah di mana.
“Mursyeed Marwanis, aku datang bukan mahu menjawab tentang Allah yang kau agung-agungkan itu. Dan aku datang bukan untuk kau selidik imanku. Kau dan Allah kau itu, hanya tipuan semata-mata. Tidak memberikan apa-apa. Bayangan dan fatamorgana. Aku telah ditipu denganmu dan Allah !” Segera kakinya laju melangkah sambil pedang menghunus ke arah Tuanku Mursyeed.
Menyambar bagaikan halilintar, pasir yang halus segera berterbangan. Kakinya seakan tidak mencecah tanah.
“Hiyaakkkk !” Pedang Ketua Abros segera menghunus pangeran negeri itu. Dengan respon tenang, Tuanku Mursyeed mengelak.
Kaki Tuanku Mursyeed menekan bumi dengan komposisi terhadnya, melayangkan tubuhnya terbang lalu mendarat ke bahu Ketua Abros. Ketua Abros tersungkur menyembam bumi. Namun baru sahaja pedang Pencak Langit Tuanku Mursyeed mahu menusuk dada Ketua Abros, Ketua Tanjak Merasuk itu segera mengelak lalu bangun bersiap siaga membetulkan posisinya.
“Kau tidak akan berjaya, Mursyeed.” Bisik Ketua Abros, namun bicaranya dapat didengari Tuanku Mursyeed.
Kaki Ketua Abros mula menjaraki Tuanku Mursyeed. Seperti biasa, hatinya meruntun tidak mahu meneruskan tawan negeri Balad Amman pada peperangan kali ini.
“Aku pasti selongkar kelemahanmu, Mursyeed Marwanis !” Teriak Ketua Abros sambil menunjul pedangnya.
Tuanku Mursyeed hanya menghantar pandang. Dia juga masih belum berjaya sebenarnya. Ya, Mursyeed Marwanis masih gagal membawa pulang Abros ke jalan Allah ini. Mesti ada perancangan lain perlu dia rancang.
“Sudah, mari pulang !” Ketua Abros menoleh belakang, terus berjalan bersama rakan golongannya serta tinggalan tentera yang masih berbaki. Yang ditinggal biar bersemadi di tanah Negeri Muara Meracik itu hanyalah tentera yang tewas dan terbunuh dalam peperangan.
“Ibtisam Arruhul, kau pasti akan kembali. Demi Allah, selagi warisku di bumi, aku tidak akan membiarkanmu mati dalam menyenarai Allah sebagai musuhmu.” Monolog Tuanku Mursyeed sambil membuang pandang ke arah tentera Tanjak Merasuk.
Dari saat dia merangkak, sehinggalah dia bisa berdiri dan melangkah. Kini dia mampu berlari seluas medan pertempuran. Dengan ilmu menghaibkan diri iaitu ilmu halimunan serta ilmu hologram, dia dapat berinteraksi dan membalas pesan dengan ayahandanya, pangeran Negeri Muara Meracik. Semua itu dia belajar semasa dirinya dirampas Tok Setia Langit dari menjadi tawanan Tanjak Merasuk. Namun kini, setelah lama ayahandanya pergi diambil Tuhan Alam Semesta, Allah Azza Wajalla dan diikuti pemergian Tok Setia Langit, dia sudah ditinggalkan oleh mereka berdua wasiat yang serupa maksudnya. Yang pasti, kedua wasiat mereka hanya meninggalkan dua isi penting. Islah Tanjak Merasuk dan tegakkan agama Samawi yang agung itu sehingga hancur dunia. Besar amanahnya.
“Fateh….” Sapa Jeneral Mujahid sambil menepuk bahunya dari arah belakang.
“Ah, Jeneral Mujahid sahabatku !” Fateh Farisi Ibn Mursyeed Marwanis. Sekadar mendongak ke arah sahabatnya yang segera melabuhkan punggungnya sambil meletak pedang di sisi mereka.
“Lihat apa, sahabatku ? Mesti terkenangkan Noumi Amani Si Idaman Hati, bukan ?” terkekek Jeneral Mujahid bergurau mengenakan sahabatnya sesudah dia memerhatikan Fateh duduk sendirian di atas bukit sambil termenung menghadap Matahari terbenam.
“Ah, kau ini Mujahid. Ada-ada sajalah. Aku terkenangkan ayahandaku. Betapa tidak pernah aku melihat ayahandaku melainkan pertama kali aku lahir ke dunia ini.
Apa kau pernah melihat ayahandaku, wahai sahabat ?” Matanya berkaca sambil memandang Jeneral Mujahid.
Jeneral Mujahid terkedu. Terjeda dengan bicara dan pertanyaan Pangeran Negeri Muara Meracik yang ditabalkan sepurnama lepas itu. Dia seakan merasakan kehibaan Ibnu Tuanku Mursyeed itu.
“Ibnu Mursyeed, bersabarlah. Aku tidak akan faham bagaimana perasaanmu melainkan Allah. Ya, aku semenjak kecil sudah sering melihat ayahandamu serta bersamanya di medan tempur.” Tangan Jeneral Mujahid mengusap bahu Fateh.
“Kau harus kuat, Fateh. Ayahandamu sering berpesan kepada kami, agar selalu menjadi kuat. Bukan kuat hanya dengan fizikal dan mental, namun kita harus kuat tali rabithah kita dengan Allah jua manusia yang sudah sebati menjadi ikhwah kita. Juga ayahandamu berpesan pada kami, akan ada seorang hamba Allah yang akan datang ke negeri ini membawa kemenangan Islam serta mengislah semula Tanjak Merasuk, keimanan mereka.” Ujar Jeneral Mujahid.
“Siapa hamba Allah itu ?” tanya Fateh sambil mengelap airmatanya yang sudah jatuh seketika tadi.
“Allah Maha Mengetahuinya, Fateh. Aku jua tidak tahu siapa.” Jeneral Mujahid membalas pendek, lalu memalingkan wajahnya membuang pandang ke arah benam matahari.
‘Ayahanda, akukah yang kau bicarakan pada sekelian rakyatmu ? Ayahanda, akanku tunaikan wasiatmu dan juga wasiat Tok Setia Langit. Ayahanda, Tok Setia Langit, aku rindukan kalian !' Jeritnya dalam hati. Fateh amat merindui Tuanku Mursyeed serta Tok Setia Langit. Entah mengapa hari ini dia seakan mahu mencari kekuatan semula. Kekuatan yang luar biasa.
Fateh turut sama membuang pandang memandang benam mentari, kemudian mendongak ke langit. Sudah kelam. Sabar, Fateh. Kelam itu seketika, nanti akan muncul purnamanya. Akan muncul jua kejoranya. Mereka akan menerangi alam yang gelap ini. Ya, akan bercahaya kerana di belakangnya ada yang menyuluh iaitu mentaari yang sudah terbenam. Terbenam, namun tidak hilang. Ingat, Fateh !
Kibaran panji-panji sedang tercacak teguh di atas Bukit Muara, sempadan Negeri Hilir Merapuh. Sedang berdiri sasa bersama beberapa orang panglima di tengah medan tempur. Pedang yang tersisip di tepi pinggangnya, digenggam kemas.
Fateh, dia di tengah. Santun dengan sut mantel peninggalan Tuanku Mursyeed. Namun, dia bukan seperti ayahandanya yang sentiasa berserban semasa berperang. Dia hanya mengikat mafla tulisan ‘Lailahailallah Muhammad Rasulullah’ di dahinya. Matanya tajam, fokus merenung gerak tentera Tanjak Merasuk yang semakin menghampiri ke arah negeri mereka.
Kelihatan Ketua Abros dan 4 kroninya, memberhentikan tenteranya seketika. Mereka pula sedia melangkah ke depan. Tiba-tiba, mata Ketua Abros mengecil seakan memerhati sesuatu.
“Mursyeed Marwanis ?” Soal Ketua Abros.
“Bukan. Aku warisnya.” Jawab Fateh.
“Ah, Fateh ! Musuhku yang terbaru. Jika dahulu Tok Setia Langit tidak merampasmu, sudah kau lunyat digenggamanku.” Terbahak-bahak dia ketawa.
“Aku bukan musuhmu, Ibtisam Arruhul ! Musuhmu adalah syaitan yang sedang menguasaimu sendiri. Di dalam dada dan jiwamu ! Ya, Tok Setia Langit merampasku darimu. Tapi kau sudah lupa bagaimana cara rampasan itu berlaku ?”
Ujar Fateh dengan laungnya bergema. Semua memandang ke arahnya.
Sekalian yang ada di situ ingin tahu. Ya, bagaimana ?
“Diam kau, Fateh ! Bicaramu itu hanya omongan kosong. Sudah, aku tiada masa lagi untuk biar kau bersyarah seperti bapamu !” sejurus itu, Ketua Abros mengeluarkan pedangnya lantas mengangkat tinggi. Berkilau.
Fateh juga bersedia dengan mengeluarkan sisipan pedang pusaka ayahandanya, Pedang Pencak Langit. Tidak dia angkat ke langit seperti Ketua Abros, malahan dia mencacakkan pedangnya membenam tanah medan tempur. Bergegar seisi alam, kelihatan ada yang teretak akibat auranya. Hah, setanding ayahnya ! Mata Fateh dipejam, mulutnya berkumat kamit membaca kalimat indah kalamullah.
Tidak semena-mena, hologram Fateh menjelma tepat di hadapan Ketua Abros.
“Asyhadu alla ilaha ilallah.” Setengah syahadah menyelusur keluar dari bicara Fateh di sisi Ketua Abros, dekat telinganya. Sepantas itu juga, libasan pedang Ketua Abros mencantas hologram Fateh.
Hologram Fateh hilang seperti kabus. Ketua Abros menjadi geram. Kelirunya tidak bersudah. Geraknya mula sumbang.
“Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah.” Fateh menyelesaikan syahadah itu di sisi kiri Ketua Abros pula dengan teknik hologramnya. Pedang Ketua Abros semakin digenggam ketat. Geramnya memuncak. Namun hatinya bagai tertusuk suatu pembersihan. Dia membilas pedangnya sekeliling.
Kemudian muncul hologram Fateh dihadapan Ketua Abros. Seketika, wajah Fateh
bertukar menjadi wajah Tuanku Mursyeed.
“Assalamualaikum sahabatku, Ibtisam Arruhul. Bagaimana imanmu hari ini ? Bagaimana kesatuanmu mahu mengalahkan agama Allah ini, sedang Allah itu Tuhanmu.” Hologram Fateh yang berupa Tuanku Mursyeed, serta semirip suaranya berbicara dihadapan Ketua Abros.
“Kau, Mursyeed ? Kau hidup, Mursyeed ? Bukankah kau sudah mati ? Bagaimana kau….” Mata Ketua Abros mencerun memandang hologram setampang insan dihadapannya. Entah mengapa, dia merasa lemah kala itu.
“Apakah kau menyangka aku sudah mati jika ruh dan jasadku terpisah ? Apakah kau masih tidak yakin bahawa ada kalam Allah yang sentiasa menghidupkan orang-orang yang syahid ? Apakah kau lupa akan itu, Ibtisam Arruhul ?” Bertalu soal Tuanku Mursyeed muncul dalam keriuhan laga, selingan pedang bercecah.
“Ayat Allah ? Baqarah itukah ?” Ketua Abros menunduk kepalanya. Dia semakin bingung.
“Arghh ! Kau dan tuhan kau sama sahaja. Menipu semuanya ! Kau tidak sudah dengan Tuhan kau yang tidak pernah muncul memberikan kelebihan kepadaku. Mengapa hanya kau, Mursyeed ? Kau kata dia sayangkan aku ? Mana, mana ? Apa buktinya Dia sayangkan aku ? Apa ??” Marah Ketua Abros sambil menghunus pedangnya, menusuk hologram di hadapannya. Kemudian melibas ke kiri dan ke kanan dengan penuh amarah.
“Sabar, Ibtisam Arruhul.” Muncul pula hologram itu di belakangnya. Lembut bicara itu, sambil senyumannya ikhlas.
“Hari ini, aku yakin kau bakal mendapat kelebihan dariNya. Hari ini, aku dan Fateh tidak mahu menjadikan kau musuh kami. Dan bila-bila pun kami tidak pernah membuat kau sebagai musuh kami, Ibtisam Arruhul. Janganlah kau berprasangka kepada Allah, Tuhan kita. Tanda Dia sayang kau, Dia masih memberi waktu untuk beriman kembali padaNya. Marilah naik bersamaku, sahabatku. Allah sudah janjikan syurga bagi mereka yang taat padaNya. Yang dulu, tentang kita, itu tanda Dia mahu menguji imanmu. Nah, hari ini hadiahnya ! Kau tidak rindukan kitakah, Ibtisam Arruhul ?” Tenang Tuanku Mursyeed berbicara dihadapannya.
Mursyeed Marwanis.
Ibtisam Arruhul.
Nama mereka pernah menjadi masyhur saat mentadbir Balad Amman. Kerajaan yang tidak pernah rapuh. Dua sahabat yang memaksi iman, meneguh taqwa, dalam membina kerajaan aman kerana Allah. Namun saat virus Al-Kafiruun menyerang, seolah hanya Mursyeed Marwanis diberi kelebihan. Mursyeed Marwanis diberi kuasa memegang penuh tampuk pimpinan di Balad Amman. Rasa iri hati dan cemburu serta hasad dengki yang disebar virus Al-Kafiruun datang menempel dalam hati Ibtisam Arruhul. Dengan kuasa tadbir yang hanya secebis cuma, dia membentuk sebuah ikutan. Membangunkan sendiri Kerajaan Halusinasi. Mencari kelebihan sendiri untuk menjatuhkan Kerajaan Balad Amman. Mahu menakluki negeri-negeri dibawahnya serta memerintah atas kerajaannya. Dia sudah tidak percaya iman, taqwa apatah lagi ukhwah sinergi. Entah apa ada. Seolah-olah dia memaksa untuk melupakan segala ayat-ayat Allah yang sudah terbit. Agar dia tidak lagi tertarik. Namun, entah mengapa setiap kali dia mahu menawan Negeri Muara Meracik, saat itu jua wajib dia dipertemukan wajah Mursyeed Marwanis. Rasa malu merebak dalam hati, saat itu juga dia tunduk menyembah rasa berputus asa. Sangkanya, kini Mursyeed sudah mati, maka dia bisa menawan Negeri Muara Meracik itu dengan mudah. Tanpa di duga, Fateh putera Mursyeed Marwanis ini mempunyai ilmu hologram yang bisa memunculkan semula wajah Mursyeed Marwilis di hadapannya. Mereka tahu akan kelemahannyakah ? Atau sememangnya apa yang Mursyeed dan Fateh pernah utuskan khabar bahawa mereka sedia membawa dirinya kembali kepada Allah ? Mengapa ? Mengapa mereka tidak pernah bersudah mahu aku kembali kepada Allah ? Kembali beriman kepada Allah ?
“Abros akan hilang, maka kejahilan akan lesap !” Gema suara Fateh. Terkejut Ketua Abros dengan laungan itu. Ah, siapa yang memandai mengatakan aku akan hilang ?! Kembali amarahnya.
Kini hologram itu hilang dihembus angin. Yang ada, setampang insan sasa sedang menuju ke arahnya. Fateh. Fateh Farisi Ibn Mursyeed Marwanis. Bersama pedangnya yang disisip di sisi.
“Kau Fateh, sudah berbunga mahu menghancurkan aku ya ?” Serta merta fikirannya terhadap Musyeed hilang. Amarahnya kemuncak. Iman yang mahu mendaik secebis, koyak.
“Tidak !” Laung Fateh.
“Bersedia untuk hancur, Fateh !” Teriak Ketua Abros pula.
Pedangnya dijulang tinggi, melibas ke arah Fateh. Fateh segera mengelak tangkas. Dia hanya menggerakkan tubuhnya seperti lalang yang meliuk lentok tanpa mengena pedang Ketua Abros.
“Kau bukan, Abros. Ingat itu, Ibtisam Arruhul. Kau hamba Allah !” Gema Fateh lagi.
Kali ini, pedangnya kemas digenggaman Ketua Abros. Mencantas sederasnya ke arah Fateh. Aura pedangnya membuatkan Fateh jatuh tersungkur tepat di hadapan Ketua Abros. Sinis Ketua Abros saat matanya menjamah tubuh Fateh yang hanya setentang dengan dirinya. Pedangnya segera hadir mahu membenam dalam tubuh Pangeran Negeri Muara Meracik yang baru dilantik sepurnama lepas.
“Bismillah !” Kaki Fateh menongkah pantas. Seolah seperti besi yang tebal, tidak mudah lekuk waima terpatah dua sekalipun. Menahan pedang Ketua Abros.
Sejurus itu, pedangnya terpatah dua. Sedang pedangnya adalah pedang yang menggunakan helium steel. Bagaimana bisa dipatahkan hanya dengan kaki seorang remaja muda itu ?
Geramnya tidak surut, amarahnya tidak punah. Dengan baki yang ada, dia terus melepas geram mencucuh pula tidak kira sudah teknik libasan apa yang dia guna. Namun tidak semena, Fateh bangun lalu menaikkan kakinya sederas mungkin, menyepak pedang tumpul Ketua Abros. Pedang itu terpelanting jauh dari pandangan mereka akibat aura sepakan Fateh. Lantas dada Ketua Abros ditendang seminima mungkin hanya untuk menyembamkannya di bumi. Seketika itu juga, tubuhnya menyembah bumi. Lutut kanan Fateh mengunci gerak tangannya, kaki kiri Fateh melunjur mengunci kedua kaki Ketua Tanjak Merasuk itu.
“Kau dengar sini, Wahai Hamba Allah.” Mata Fateh tidak ubah seperti ayahandanya. Mata itu mencerun tegas, berbeza sedikit dari Mursyeed yang tenang.
“Kau Ibtisam Arruhul. Di sini, Abros kalah dan hilang. Lesap kejahilan. Namun Ibtisam Arruhul akan bangkit. Memunculkan dengan keimanan. Kau ingat, Ibtisam. Ayahandaku itu sahabatmu, ayahandaku itu tidak pernah siakanmu. Mengapa ? Kerana dia sayangkanmu, sehingga sekarang dia hidup dijiwaku untuk mengembalikanmu kepada agama Allah ini. Apakah kau masih buta ? Apakah kau masih tidak dapat melihat sayangnya tulus kepadamu, Wahai Hamba Allah ?” Nadanya tegas. Fateh menekan dada Ibtisam Arruhul.
“Ibtisam Arruhul, kau tahu mengapa kau tidak dapat menakluki Balad Amman dengan sepenuhnya ? Kerana Allah sudah menyediakan memang Balad Amman untukmu. Tidak perlu kau pertaruhkan sifat kedengkianmu. Syaratnya hanyalah, kau mesti percaya bahawa Allah itu Tuhanmu, Rasulullah itu utusanNya. Kau tahu mengapa kau tidak bisa mengalahkan ayahandaku ? Kerana ayahandaku sahabatmu, kerana ayahandaku adalah sahabatmu. Kerana ayahandaku telah berjanji dengan Allah akan mengembalikanmu dalam keimanan pada Tuhan kalian dan Tuhan sekelian alam.” Sambung Fateh. Seketika itu, airmatanya mengalir perlahan.
“Fateh….” Perlahan suara Ibtisam Arruhul pula menjengah gegendang telinganya. Airmatanya pula terlerai.
“Aku rindukan Mursyeed. Aku rindukan sahabatku.”
“Ibtisam Arruhul…” suara Fateh bertukar menjadi suara Mursyeed Marwanis.
“Mursyeed, adakah Allah itu masih mahu menerimaku yang sudah berpaling dariNya ini ?” tubuh Fateh yang mengunci pergerakan Ibtisam Arruhul dileraikan.
Fateh terduduk sila di sisi tubuh Ibtisam Arruhul.
“Mursyeed, adakah Allah itu mahu mengampuni dosa-dosaku yang terlampau menimbun ini ?” rintih suaranya. Fateh menghulurkan tangannya, kemudian disambut Ibtisam Arruhul. Dia bangkit.
“Ibtisam Arruhul, sahabatku. Ingatkah kau akan kalam Allah, apakah kita menyangka Allah itu akan memasukkan hambaNya ke syurga sedangkan belum Dia datangkan ujian ?” beruji minda dengan sahabatnya.
“Mursyeed, jemputlah aku semula. Aku juga mahu bersamamu.” Rintihnya lagi.
Mursyeed Marwanis, jelmaan biiznillah dalam jiwa Fateh menarik lengan Ibtisam Arruhul lembut, merapatkan tubuh mereka. Erat mendakap, menyertai erti ukhwahfillah.
“Sabar, Ibtisam Arruhul. Nanti aku jemput sampai masanya. Kau hadir ya ? Buat masa ini, selesaikanlah apa yang perlu untuk Balad Amman.” Tubuh Ibtisam Arruhul diusap perlahan. Kemudian dilepaskan.
Fateh tersenyum menghadap Ibtisam Arruhul.
“Kau bahagia berjumpa ayahandaku, Ibtisam Arruhul ?” Hanya cebisan leret senyum yang berjaya menawan segenap Kota Balad Amman itu. Saat itu jua, segala pertempuran terhenti. Seolah ada kuasa agung yang menyertai mereka. Ada kuasa agung yang menanamkan hati mereka dengan iman.
“Sudah, mari kita pulang menghidupkan Islam di Kota Balad Amman ! Pagi subuh esok, mintalah pada Allah agar dikejutkan kalian untuk berqurbah lillah, sujud syukur. Tanjak Merasuk tidak akan wujud. Kiamat menjelma sekalipun, aku berharap kalian menyertai iman sehingga ke saat itu.” Bergema laungan Fateh sambil memegang panji. Jeneral Mujahid di sisi kanannya. Manakala kirinya tersisip insan baru. Baru dilahirkan semula dari Islam, dialah teraju utama Balad Amman kini.
Ibtisam Arruhul.
“Terima kasih ayahanda…” monolognya sambil mengalirkan airmata sebuah kelahiran semula.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kau siapa ?”
“Aku anak penderhaka.”
Fateh hairan. Sudahlah dia berjumpa dengan makhluk pelik yang menutup wajah, hanya mata yang kelihatan ini. Ditanya siapa, dijawab begitu.
“Siapa namamu ?”
“Noumi Amani.” Sesat di permusafiran, Fateh ketemu insan berkuda ini.
Sangkanya lelaki, maka kasarnya mendahului. Khuatir musuh Allah yang sedang berpeleseran mencarinya. Saat suara yang keluar, dia seorang wanita. Mampukah dia menyenaraikan wanita itu seorang serikandi ? Ah, mengarut. Namun hatinya saban waktu seperti merasa terdekat. Bertanya siapakah dia yang bersinggah, seolah memberi telunjuk jalan selamat.
------------------------------------------------------------------------------------------------
“Siapa namamu, Wahai Sang Bidadari ?” Tanya Fateh Farisi Ibn Mursyeed Marwanis. Senyum nakalnya meleret tertempel di wajah.
Wanita dihadapannya tertunduk. Malu barangkali.
“Noumi Amani.” Dijawab lembut dan perlahan. Berlainan saat mereka berjumpa buat pertama kalinya.
“Adakah dia masih anak kepada Si Penderhaka ?” Soal Fateh lagi.
“Bukan. Aku telah menjadi anak Si Syahidullah, InsyaAllah.” Tenang suaranya beralun.
Noumi Amani, gadis bermata indah. Berkulit mulus, berbibir merah, bersantun bicara. Dia anak kepada penderhaka dulunya, kini anak kepada syahidullah. Si Ketua Abros, insan mulia Ibtisam Arruhul. Menariknya, dia menjadi panglima di medan tempur. Menariknya, dia tidak membunuh tentera lawannya, malah membunuh tenteranya sendiri. Khianatkah itu ? Dia hakikatnya Islam. Hakikatnya dia adalah hamba Allah. Cuma dia menyusukkan dirinya tanpa seorang pun dalam Kerajaan Halusinasi ayahnya tahu dia Islam.
Kerana dia tahu Fateh sudah wujud di bumi, maka dia ikrar mahu menolong agama Allah dengan menolong pemuda itu. Tanpa perancangannya, perancangan Allah itu takdir benarnya. Pemuda yang menggemakan Islam di Kota Balad Amman itu adalah pilihan Allah untuknya.
“Noumi Amani, bersediakah bidadariku ini melahirkan pejuang Allah juga warisku untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini ?” Soal Fateh Farisi lembut sambil membelai ubun bidadari hidupnya.
“Diriku sedia untuk berkhidmat denganmu untuk Allahku, Wahai Panglima Cintaku” berbalas dengan senyum panjang. Dia menyantuni suaminya, bermatlamat Allah. Untuk ke syurga dan melahirkan pejuang agama Allah.
Allahumma Ameen, semoga agama Allah menang di pengakhiran dunia !
No comments:
Post a Comment