Saturday, 28 September 2013

Aturan dunia yang kita cipta tak semestinya baik untuk akhirat kita.


Awak..
Awak kan sayang Allah , awak sayang Rasulullah saw. 
Saya bangga ada sahabat yang tabah macam awak.
Awak kena yakin yang Allah sayang sangat-sangat pada awak.

Cita-cita yang tak kesampaian , insan yang kita sayang jauh dari pandangan dan kesempitan wang . Semua itu kasih sayang Allah

Aturan dunia yang kita cipta tak semestinya baik untuk akhirat kita.
Andai masa depan akhirat awak jauh lebih bahagia bila Allah uji sebegini
Maka , awak kena gembira dan happy sangat-sangat
Sebab Allah offer awak kebahagiaan akhirat yang kekal selamanya walaupun di dunia awak rasa sedih , menyesal sangat-sangat

Hati awak itu milik Allah ,
Bukan saja-saja dia letakkan awak dalam ujian malapetaka itu
Bukan saja-saja dia meletakkan rasa sedih itu ,
Bukan saja-saja Allah gerakkan hati awak untuk buat keputusan itu satu masa dahulu.

Jangan bersedih , jangan menyesal
Jika kita bersedih , berendam air mata setiap masa
Seolah-olah kita tak gembira dengan aturan dan perancangan Allah.
Tiada siapa yang dapat buat kita redha dengan ujian kalau kita sendiri tak redha dengan aturan Allah 

Awak sayang Allah
Buktikan cinta awak pada Allah melalui kegembiraan awak menghadapi aturan Dia
Jangan sedih-sedih ye awak :)

No comments: