Bismillahirahmanirrahim :)
Pernah tak korang ditegur macam ni..
" Eh awak ni orang negeri----- yer ? "" Awak orang ------ ke ? "
Ok , dash dash tu nama negeri , so tak kisah la nama negeri apa pun , hatta negara apa pun boleh.. :)
Macam saya , sejak saya belajar kat Sarawak ni , orang selalu je ingat saya orang sarawak. Dah la saya setahun duduk kat sarawak pun still tak berapa pandai cakap sarawak. Tapi faham la apa yang diorang cakap , cuma tak pandai nak reply balik je. Hehe.
Contohnya macam tahun lepas , masa hari orientasi untuk pelajar asasi. Ada kakak-kakak fasilitator ni tegur saya , tapi diorang cakap bahasa sarawak la..
" Kitak sik balit rah Kuching ka? Cuti nang panjang , boleh jak balit rumah kitak"( Awak tak balik ke Kuching ke ? Cuti sangat panjang , boleh je nak balik rumah awak)
Ah sudah , saya pun terpinga-pinga. Apa lah yang akak-akak ni cakap. huhuhu.. pastu maybe muka saya nampak sangat ke 'blurr'an tu , diorang pun tanya ,
" adik orang mana ?"
pastu saya jawab la ,
" saya lahir negeri sembilan tapi sekarang duduk Melaka"
Then , tergelak-gelak lah diorang malu sendiri.. diorang cakap
"kitorang ingt adik ni orang Kuching.. muka macam muka orang Sarawak..sori yer.."
Saya pun tersengih-sengih je kat situ , sambil rasa awkward..hehehe
Well , banyak kali jadi macam tu , kawan-kawan pun especially budak Sarawak n lecturer Sarawak sendiri mesti ingat saya ni orang Sarawak , diorang kata muka macam orang Melanau. Aduh , macam mana rupa orang Melanau pun saya tak tahu ( time tu lah). Sekarang ni dah tahu dah muka orang Melanau ni.
Orang Melanau ni physical apperance diorang seakan-akan Chinese. Selalu sangat confuse dengan orang-orang Melanau Muslim. Sebab , ingatkan diorang ni Cina n not yet Muslim , rupa-rupanya memang sejak lahir lagi diorang ni Muslim. Sebab tu lah at first saya rasa pelik kenapa lah orang cina ni masuk sembahyang sekali kat masjid , rupa-rupanya diorang mmg pure Muslim. Astaghfirullahalazim :)
Then , masa masuk degree ni ramai budak-budak tersalah sangka dengan saya lagi. Diorang tanya saya ni orang Sabah ke ? Haiyaa.. ada pulak yang lagi saya tak sangka "Awak ni orang Kelantan yer ? Muka macam orang Kelantan lah.." hehe , kelakarnya..
Jadi nak tak nak , I need to tell them yang saya bukan lah org Sarawak , Melanau , Kelantan , mahupun Sabah. I am born in Negeri Sembilan , currently stay in Melaka, tapi belajar di Sarawak. :)
Saya bangga belajar di Sarawak , Sarawak ni tersangatlah best , cantik , n orang-orangnya sangat-sangat baik :) Welcome to Bumi Kenyalang ;)
No comments:
Post a Comment