Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

Berdoa untuk Anak dengan Cara yang Disukai oleh Allah

Allah swt Maha Berkuasa.


Allah swt boleh lakukan apa sahaja tanpa sebarang pertolongan daripada makhluk. Allah swt boleh hidupkan makhluk hanya dengan kalimah “kun” (jadilah!) sahaja. Allah swt juga berkuasa mematikan makhluk, dengan sakit atau tanpa sebarang sakit. Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat, meskipun di kawasan yang tandus seperti dalam kisah Nabi Nuh a.s. Dan Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat dengan hujan, atau pun tanpa hujan. Begitu juga, Allah swt boleh keringkan satu tempat yang banjir, dengan matahari, atau pun tanpa matahari. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Allahuakbar! :)


Allah swt Maha Pencipta.
Allah swt telah menghidupkan manusia daripada setitis air mani. Allah swt telah menjaga anak yang berada dalam kandungan sehingga cukup segala sifatnya, kemudian dijaga dan dipelihara sehingga selamat dilahirkan oleh ibunya. Apabila seorang bayi telah lahir ke dunia, sedikit demi sedikit Allah swt telah berikan penglihatan dan pendengaran kepadanya. Allah swt telah pelihara rezeki seorang bayi, walaupun dia tidak dapat bergerak ke mana-mana. Dan Allah swt telah hantar makanan dan minuman terus tersuap ke dalam mulutnya. Subhanallah! :)


Mengapa Allah swt menciptakan tanda-tanda kebesaran ini?
Kerana Allah swt menghendaki kita untuk memikirkan dan menyebut-nyebut tentangnya. Semakin banyak kita berFIKIR dan berCAKAP tentangnya, maka semakin meningkatlah iman dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah swt. 


Semakin kita yakin pada kekuasaan Allah swt, maka bertambahlah keyakinan kita terhadap pertolongan daripada Allah swt.
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah An Nasr (Pertolongan),


Surah AnNasr

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
(2) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
(3) maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Betapa gembiranya Allah swt tatkala hamba-hambaNya memuji-muji namaNya dan memohon keampunan daripadaNya. Sehingga di ayat terakhir surah ini, Allah swt telah perintahkan kita untuk bertasbih dan memohon ampun daripadaNya. Sahabat-sahabat r.ahum telah melakukannya, dan Allah swt sangat menyukainya sehingga Dia telah mengurniakan kemenangan yang besar kepada umat Islam di zaman tersebut.


Sebagaimana Allah swt telah menurunkan pertolonganNya di zaman para sahabat r.ahum, Allah swt juga berkuasa menurunkan pertolongan seperti itu atau lebih hebat lagi di zaman ini. Allah swt akan menurunkan pertolongan kepada umat Islam, apabila mereka sibuk memuji-muji kebesaran Allah swt dan mereka turut memohon keampunan daripada Allah swt. Allah swt sangat sukakan dua perkara ini.


Maka insyaAllah, sama-samalah kita berusaha untuk berdoa buat anak-anak kita dengan cara yang disukai Allah. Sebelum menyatakan hajat kepada Allah swt;
1. Pujilah dan sebutlah kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya, sehingga datang kesan di dalam hati kita. Samada kita berada di dalam mood berdoa atau pun tidak, sebutkan, cakapkan, ceritakan & dakwahkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya. Nescaya, InsyaAllah, segala doa kita akan menjadi makbul dan pertolongan daripada Allah swt akan datang mencurah-curah kepada kita.




Tip:
Bagi kita (terutama diri saya), ibubapa yang baru-baru nak belajar menyebut kebesaran Allah swt ini, adakalanya kita tiada idea untuk menyebutkan kebesaran Allah swt yang mana satu. Jika situasi ini berlaku, mulakan dengan kebesaran Allah swt yang kita mahukan untuk anak kita. 


Sebagai contoh;
Jika kita mahu Allah murahkan rezeki anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pemberi Rezeki, sebanyak-banyaknya.


Jika kita mahu Allah swt berikan kepandaian kepada anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Bijaksana.


Jika kita mahu Allah swt berikan anak kita sifat pengasih dan penyayang, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang, sebanyak-banyaknya.


Selepas kita dapat menyebut satu sahaja kebesaran Allah swt, dan kita berazam untuk menyebutnya lagi dan lagi, maka Allah swt akan berikan kita pertolongan dan ilham untuk kita menyebutkan kebesaran-kebesaran Allah yang lain. InsyaAllah :)


2. Beristighfarlah. Mohonlah keampunan daripada Allah swt sebanyak-banyaknya, kerana Allah swt suka untuk menzahirkan sifatNya yang Maha Pengampun. Allah swt suka orang yang bertaubat. Allah swt mahu kita segera bertaubat selepas melakukan sesuatu dosa. Allah swt sangat suka untuk mengampunkan hamba-hambaNya.


Sekiranya kita memerlukan pertolongan daripada Allah swt (dan hakikatnya kita sentiasa memerlukan pertolongan daripadaNya), mohonlah dengan cara yang disukai oleh Allah swt. 


InsyaAllah, pertolongan Allah swt akan turun mencurah-curah kepada kita dan anak-anak kita. Dan kalau tidak keberatan, sertakanlah doa buat anak-anak saudara-saudara kita dan umat Nabi Muhammad saw di seluruh alam.


Saya akui masih muda nak cerita tentang keibubapaan. Tapi itulah saya, saya sentiasa berharap dapat dan mampu mendidik dan membesarkan bakal anak-anak saya menjdai insan yang soleh dan solehah. =')



Ingatlah apabila terputus roh dari jasad anak adam, hanya tiga amalan yang akan berterusan. Itulah dia Sedekah Jariah, ilmu yang disampaikan, dan juga doa anak2 yang soleh.
 



Wallahua’lam




Doaku : 


Ya Allah Jadikanlah diriku ibu yang mampu melahirkan dan mendidik anugerahMu dengan sebaik-baiknya

Tuesday, 31 January 2012

'Boyfriend' ku Kekasih Allah



Selamat petang , Salam Mujahadah , Salam Satu Allah !
( ade macam orang nak bagi ceramah perasmian kedai runcit yang baru siap tak ? ) hehehe

Bulan ni bulan Rabiul awal kan ? Cuba teka kenapa bulan ni special ?
Teka la.. teka laaa..alaaa ( nada suara mengada-ngada)

hihi..

Bulan ni special , sebab bulan ni lelaki yang paling special dalam hidup akak lahir ^^,

Waah , siapakah itu ? Dah ade pakwe rupanya Kak Nur Haziqqah ni..
Hoho.. well , bukan senang nak ada pakwe kan ?

Nak berkenalan dengan pakwe akak tak ? Pakwe akak tu memang famous sangat! Satu dunia kenal , samada yang hidup atau telah meninggal dunia kenal pakwe akak tu..

Fuh , famousnyer la hai..
Of course la famous kan.. Lagi satu , akak tak kisah pakwe akak tu ada ramai kekasih. Akak lagi suka kalau ramai yang cintakan pakwe akak tu. Cool kan ? ^^

Cerita-cerita jugak.. Siapa pakwe akak tu ?

Namanya.. Jeng jeng jeng..

Muhammad bin Abdullah



Adik-adik solehah : Eh , macam kenal je nama tu.. Rasulullah s.a.w kan ?
Kak Nur Haziqqah : Eh , mana tahu ni ?
Adik-adik solehah : Eh , kita tahu la , tu pakwe kita gak..
Kak Nur Haziqqah : Eh , kita ni ada pakwe yang sama rupanya..


Mereka pun berpelukan , menangis keharuan dan kegembiraan serta kebahagiaan.


Dua-2 serentak cakap : Sollallah ala Muhammad.. ( selawat)

Tapi ape kelebihan selawat ni..? Hmm.. a’ah ek.. amende yer ?

Ok , meh baca hadis nak tak ? Cepat angkat tangan.. Wah ramai betul peminat Rasulullah s.a.w.. Bagus-bagus.



Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (Riwayat Muslim.)


MasyaAllah , simple thing make huge benefits =)

Disebabkan kalian semua bagus-bagus semuanya. Akak ada hadiah yang akak dapat daripada Aunty Youtube..

Tadaaaa..





Best tak lagu ni ? ^^ , jangan lupa selawat yer adik-adik solehah semua..

Ok , Salam Maulidur Rasul . Dan , salam mujahadah ~ =)

Hakikatnya , Rasulullah s.a.w sahaja lelaki yang sanggup kita berkongsi kasih bersama


Sunday, 29 January 2012

Rabbi zidni 'ilma.



Rabbi zidni 'ilma. Ya Allah , kurniakan daku ilmu yg bermanfaat.


Orang bersikap positif biasanya lebih banyak diam. Orang berilmu jarang bercakap kecuali jika di minta.

Orang yang banyak bercakap seolah2 dia tahu segala2nya, sebenarnya orang itulah yang masih kurang ilmunya. Orang sebegini akan banyak kita jumpa...

Orang minda tahap rendah jarang ada keinginan membuak-buak mahu menambah ilmu, mahu belajar lebih banyak, mahu mendalami lebih banyak pengetahuan. Mereka biasanya lebih kerap mengkritik dan "mengomen tak tentu pasal" .

Untuk berjaya dalam hidup, perlu ubah diri menjadi orang dengan minda tahap tinggi, iaitu orang yang memandang ke depan, orang yang tidak suka mengomen tak tntu pasal dan mengkritik, sebaliknya suka menghargai dan mengagumi yg haq.






Pendiam tidak semestinya sombong. Cuma bercakap ketika perlu, bercakap ditempat yang betul :)