Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

Berdoa untuk Anak dengan Cara yang Disukai oleh Allah

Allah swt Maha Berkuasa.


Allah swt boleh lakukan apa sahaja tanpa sebarang pertolongan daripada makhluk. Allah swt boleh hidupkan makhluk hanya dengan kalimah “kun” (jadilah!) sahaja. Allah swt juga berkuasa mematikan makhluk, dengan sakit atau tanpa sebarang sakit. Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat, meskipun di kawasan yang tandus seperti dalam kisah Nabi Nuh a.s. Dan Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat dengan hujan, atau pun tanpa hujan. Begitu juga, Allah swt boleh keringkan satu tempat yang banjir, dengan matahari, atau pun tanpa matahari. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Allahuakbar! :)


Allah swt Maha Pencipta.
Allah swt telah menghidupkan manusia daripada setitis air mani. Allah swt telah menjaga anak yang berada dalam kandungan sehingga cukup segala sifatnya, kemudian dijaga dan dipelihara sehingga selamat dilahirkan oleh ibunya. Apabila seorang bayi telah lahir ke dunia, sedikit demi sedikit Allah swt telah berikan penglihatan dan pendengaran kepadanya. Allah swt telah pelihara rezeki seorang bayi, walaupun dia tidak dapat bergerak ke mana-mana. Dan Allah swt telah hantar makanan dan minuman terus tersuap ke dalam mulutnya. Subhanallah! :)


Mengapa Allah swt menciptakan tanda-tanda kebesaran ini?
Kerana Allah swt menghendaki kita untuk memikirkan dan menyebut-nyebut tentangnya. Semakin banyak kita berFIKIR dan berCAKAP tentangnya, maka semakin meningkatlah iman dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah swt. 


Semakin kita yakin pada kekuasaan Allah swt, maka bertambahlah keyakinan kita terhadap pertolongan daripada Allah swt.
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah An Nasr (Pertolongan),


Surah AnNasr

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
(2) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
(3) maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Betapa gembiranya Allah swt tatkala hamba-hambaNya memuji-muji namaNya dan memohon keampunan daripadaNya. Sehingga di ayat terakhir surah ini, Allah swt telah perintahkan kita untuk bertasbih dan memohon ampun daripadaNya. Sahabat-sahabat r.ahum telah melakukannya, dan Allah swt sangat menyukainya sehingga Dia telah mengurniakan kemenangan yang besar kepada umat Islam di zaman tersebut.


Sebagaimana Allah swt telah menurunkan pertolonganNya di zaman para sahabat r.ahum, Allah swt juga berkuasa menurunkan pertolongan seperti itu atau lebih hebat lagi di zaman ini. Allah swt akan menurunkan pertolongan kepada umat Islam, apabila mereka sibuk memuji-muji kebesaran Allah swt dan mereka turut memohon keampunan daripada Allah swt. Allah swt sangat sukakan dua perkara ini.


Maka insyaAllah, sama-samalah kita berusaha untuk berdoa buat anak-anak kita dengan cara yang disukai Allah. Sebelum menyatakan hajat kepada Allah swt;
1. Pujilah dan sebutlah kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya, sehingga datang kesan di dalam hati kita. Samada kita berada di dalam mood berdoa atau pun tidak, sebutkan, cakapkan, ceritakan & dakwahkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya. Nescaya, InsyaAllah, segala doa kita akan menjadi makbul dan pertolongan daripada Allah swt akan datang mencurah-curah kepada kita.




Tip:
Bagi kita (terutama diri saya), ibubapa yang baru-baru nak belajar menyebut kebesaran Allah swt ini, adakalanya kita tiada idea untuk menyebutkan kebesaran Allah swt yang mana satu. Jika situasi ini berlaku, mulakan dengan kebesaran Allah swt yang kita mahukan untuk anak kita. 


Sebagai contoh;
Jika kita mahu Allah murahkan rezeki anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pemberi Rezeki, sebanyak-banyaknya.


Jika kita mahu Allah swt berikan kepandaian kepada anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Bijaksana.


Jika kita mahu Allah swt berikan anak kita sifat pengasih dan penyayang, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang, sebanyak-banyaknya.


Selepas kita dapat menyebut satu sahaja kebesaran Allah swt, dan kita berazam untuk menyebutnya lagi dan lagi, maka Allah swt akan berikan kita pertolongan dan ilham untuk kita menyebutkan kebesaran-kebesaran Allah yang lain. InsyaAllah :)


2. Beristighfarlah. Mohonlah keampunan daripada Allah swt sebanyak-banyaknya, kerana Allah swt suka untuk menzahirkan sifatNya yang Maha Pengampun. Allah swt suka orang yang bertaubat. Allah swt mahu kita segera bertaubat selepas melakukan sesuatu dosa. Allah swt sangat suka untuk mengampunkan hamba-hambaNya.


Sekiranya kita memerlukan pertolongan daripada Allah swt (dan hakikatnya kita sentiasa memerlukan pertolongan daripadaNya), mohonlah dengan cara yang disukai oleh Allah swt. 


InsyaAllah, pertolongan Allah swt akan turun mencurah-curah kepada kita dan anak-anak kita. Dan kalau tidak keberatan, sertakanlah doa buat anak-anak saudara-saudara kita dan umat Nabi Muhammad saw di seluruh alam.


Saya akui masih muda nak cerita tentang keibubapaan. Tapi itulah saya, saya sentiasa berharap dapat dan mampu mendidik dan membesarkan bakal anak-anak saya menjdai insan yang soleh dan solehah. =')



Ingatlah apabila terputus roh dari jasad anak adam, hanya tiga amalan yang akan berterusan. Itulah dia Sedekah Jariah, ilmu yang disampaikan, dan juga doa anak2 yang soleh.
 



Wallahua’lam




Doaku : 


Ya Allah Jadikanlah diriku ibu yang mampu melahirkan dan mendidik anugerahMu dengan sebaik-baiknya

Monday, 30 January 2012

Aduhai..kakak..

 Apa khabar iman semua ? ^^ this is my first entry yang menggelarkan diri sebagai “Akak”..
Ops , actually this is my second blog , blog lame namanya

kasih-nur-ilahi 


(alahai , rindunya) , before ni still adressing myself as ‘'Akak'’ =) ..those yang kenal saya , dan pernah baca , mesti tahu tentang blog tu.

 Ceh , bajet femes lah tu..! -_-

tapi , kenapa buat blog baru kak ?

Hoho , well , akak kan femes..hihi.
Eh , nauzubillah..
Uish , tak lah. . femes apenyer. dekat sekolah dulu pun ramai je yang tak kenal akak. Hehe
Actually , akak punyer blog lame tu dah rosak. =’( hmm..kesian kan.

Jom kita nangis ramai-ramai , bersama-sama dan berjemaah. Barulah kesedihan tu berganda !

........ 


(bunyi cengkerik) 

Tak sedih & tak kelakar pun kak..

Oh , ok ok. Akak pun tak nak sedih-sedih. Lagi-lagi tengok muka adik-adik akak yang comel ni sedih.. oh tidak.. Nanti dah tak comel. Bidadari mana boleh menangis. Kan ? Kan ? Kan ?

Meh sesama kita hayati satu surah dalam Al – Quran yang tak kasi kita nangis-nangis sangat =)


Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); Al Fathir : 34



See ? Jangan sedih-sedih yer. Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih disayangi Allah berbanding mukmin yang lemah - Hadis Sahih

Ok , akak nak kena pergi masak ni , nanti adik-adik akak dah balik , kebuluran pulak diorang. Hehe

Ok , sayang adik-adik semua. Assalamualaikum wbt =)

Salam Mujahadah..

Sunday, 29 January 2012

Hijau itu indah :)

MasyaAllah , saya suka warna hijau. Bertambah suka bila dapat tahu pakaian ahli syurga adalah Sutera Hijau :')


Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; 
Surah Al Kahfi : 31.