Monday, 2 April 2012

Semua yang kita dapat Allah pemiliknya =)


Bulan lepas  ( 21 Mac 2012) result SPM untuk pelajar SPM 2011 keluar  . Ada yang menangis suka , duka ada juga yang tak rasa apa-apa. Dan ada juga yang termenung je. Dan saya , ya saya juga tergolong dalam kalangan yang menangis suka + duka + termenung tu. Tapi , itulah kenyataannya . rezeki tu dah Allah bagi , terima jelah. 
Walaupun orang kata saya berjaya ,  tapi saya tetap menyesal. Sebab saya rasa saya masih tak berjaya. Sebab apa , hm , sebab kadang-kadang saya rasa macam tak bersyukur pula . 


Tapi ,  ingat yer ,  kejayaan atau kegagalan dunia itu ada dua maksud. Samada nikmat atau ujian. Ada orang , Allah kurniakan kejayaan padanya. Tapi rupa-rupanya itu dugaan buat dia. Sebab dia terlupa , bongkak dan riak. Akhirnya dia berjaya dunia , di akhirat dialah yang paling derita. Nauzubillah . Seandainya senang di dunia menjanjikan penderitaan di akhirat , saya lebih memilih untuk susah.


Saya percaya, ramai orang bersetuju bahawa maksud kejayaan itu adalah subjektif. Sebagai manusia , kita lah yang menetapkan garis ukur kejayaan untuk diri kita. 





Apakah erti kejayaan untuk anda?

Ada orang menilai kejayaan dari sudut pencapaian akademiknya.
Ada juga yang meletakkan seseorang  itu berjaya bila ia berjaya mengumpul harta yang banyak, ada kereta besar dan ada rumah besar.

Mengapa erti kejayaan ini sangat penting?
Apabila kita rasakan bahawa kecemerlangan akademik adalah kejayaan buat kita, maka kita akan tumpukan usaha pada akademik semata-mata . Belajar di sekolah yang bagus , ke kelas tuisyen dsb.

Apabila kita meletakkan kejayaan itu pada harta, maka kita akan usahakan supaya kita mempunyai pendapatan tetap, ada kerjaya yang baik, ada ijazah kelas pertama supaya dapat mohon kerja yang bagus dsb.

Ya, erti kejayaan yang kita cipta akan memberi kesan terhadap apakah yang akan kita usahakan untuk diri kita sepanjang mendidik hati.

Jadi, apakah erti kejayaan yang sebenar untuk diri kita?

Kejayaan yang hakiki, ialah apabila kita dapat taat perintah Allah swt dan dapat amal cara hidup Rasulullah saw dalam setiap yang dilakukan dalam kehidupannya.

Sekiranya dia seorang yang cemerlang akademiknya, dia adalah seorang pelajar genius yang taat kepada Allah dan RasulNya.
Sekiranya dia seorang doktor, dia adalah seorang doktor yang taat kepada Allah dan Rasulnya.
Sekiranya dia seorang businessman, dia adalah seorang businessman yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Hasilnya…

Seorang pelajar yang beriman pada Allah dan Rasulnya akan yakin bahawa kejayaan yanga da padanya bukan datang dari kepandaian dirinya, tetapi ia datang daripada Allah.

 Dengan ilmu yang dia ada, dia akan gunakan dan amalkan mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah swt dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Seorang doktor yang beriman akan bekerja dengan ikhlas. Merawat pesakitnya kerana Allah. Mengajak pesakitnya untuk sentiasa dekat kepada Allah yakin kepada kuasa Allah. Hanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakit.

Ubat dan doktor tak dapat sembuhkan sebarang penyakit. Maka, nasihatnya pada pesakit adalah supaya menambahkan ibadah dan doa nya agar disembuhkan dari penyakit.

Seorang businessman yang beriman akan menjaga waktu solatnya. Kerana dia yakin, rezeki itu datangnya daripada Allah. Bukan daripada usahanya memajukan perniagaan.

Dia tidak akan memakan riba’ kerana riba’ itu diharamkan oleh Allah dan setiap yang Allah swt haramkan pasti membawa kegagalan. Dia yakin, semakin tinggi ketaatannya pada Allah swt, semakin berjayalah kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Letakkanlah erti kejayaan yang sebenar kepada jiwa kita, supaya kita tahu apakah yang lebih utama untuk hidup ini. Walau setinggi mana pun ijazah yang kita perolehi, walau setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, walau sebanyak mana pun harta yang kita dapat kumpul, Allah swt tidak pernah akan tanya semua itu apabila kita tiba di akhirat nanti.

Allah swt hanya akan tanya kita, tentang IMAN dan AMAL yang telah kita usahakan di dunia ini. Kedua perkara ini jugalah yang akan menentukan kejayaan abadi buat kita, samada ditempatkan di syurga mahupun di neraka.

Buat yang berjaya peroleh banyak A , Alhamdulillah , syukur kepada Allah. Tapi jangan berangan A yang lagi satu mampu kau miliki , iaitu Akhirat Abadi jika tidak kenal pemilik sebenar ‘A’ itu. Iaitu ALLAH.

Buat yang tidak begitu gembira dengan apa yang dimiliki setelah usaha tanpa lelah , muhasabah diri kembali , Allah sayangkan kalian , Dia lebih memilih untuk membahagiakan akhirat yang kekal abadi buat kalian berbanding kebahagiaan dunia yang banyak menipu . =) 

Tiada satu pun di dunia milik kita melainkan Allah yang punya.



I want to die with my forehead on the ground, The sunnah my heart, Allah on my mind, Quran on my tongue, And tears in my eyes... Amin...

Wednesday, 14 March 2012

Mengapa kisah keluarga Imran diceritakan dalam Al Quran?

Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa?Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…Tapi fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…

Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)

Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..

Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly!

Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…

Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…


Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..

Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya…
(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. 


sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah ‘huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.

Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya…

1)Semasa hamil, niat anak untuk agama, doakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan…

Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…


2)Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang hari, malam bangun tahajjud doa pada Allah.

3)Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amal. Hari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…
4) Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…


Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga…

5)Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan  orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita

6)Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…

Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….Macam Nabi Muhammad SAW sabda lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…

WALLAHUALAM…

Berdoa untuk Anak dengan Cara yang Disukai oleh Allah

Allah swt Maha Berkuasa.


Allah swt boleh lakukan apa sahaja tanpa sebarang pertolongan daripada makhluk. Allah swt boleh hidupkan makhluk hanya dengan kalimah “kun” (jadilah!) sahaja. Allah swt juga berkuasa mematikan makhluk, dengan sakit atau tanpa sebarang sakit. Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat, meskipun di kawasan yang tandus seperti dalam kisah Nabi Nuh a.s. Dan Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat dengan hujan, atau pun tanpa hujan. Begitu juga, Allah swt boleh keringkan satu tempat yang banjir, dengan matahari, atau pun tanpa matahari. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Allahuakbar! :)


Allah swt Maha Pencipta.
Allah swt telah menghidupkan manusia daripada setitis air mani. Allah swt telah menjaga anak yang berada dalam kandungan sehingga cukup segala sifatnya, kemudian dijaga dan dipelihara sehingga selamat dilahirkan oleh ibunya. Apabila seorang bayi telah lahir ke dunia, sedikit demi sedikit Allah swt telah berikan penglihatan dan pendengaran kepadanya. Allah swt telah pelihara rezeki seorang bayi, walaupun dia tidak dapat bergerak ke mana-mana. Dan Allah swt telah hantar makanan dan minuman terus tersuap ke dalam mulutnya. Subhanallah! :)


Mengapa Allah swt menciptakan tanda-tanda kebesaran ini?
Kerana Allah swt menghendaki kita untuk memikirkan dan menyebut-nyebut tentangnya. Semakin banyak kita berFIKIR dan berCAKAP tentangnya, maka semakin meningkatlah iman dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah swt. 


Semakin kita yakin pada kekuasaan Allah swt, maka bertambahlah keyakinan kita terhadap pertolongan daripada Allah swt.
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah An Nasr (Pertolongan),


Surah AnNasr

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
(2) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
(3) maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Betapa gembiranya Allah swt tatkala hamba-hambaNya memuji-muji namaNya dan memohon keampunan daripadaNya. Sehingga di ayat terakhir surah ini, Allah swt telah perintahkan kita untuk bertasbih dan memohon ampun daripadaNya. Sahabat-sahabat r.ahum telah melakukannya, dan Allah swt sangat menyukainya sehingga Dia telah mengurniakan kemenangan yang besar kepada umat Islam di zaman tersebut.


Sebagaimana Allah swt telah menurunkan pertolonganNya di zaman para sahabat r.ahum, Allah swt juga berkuasa menurunkan pertolongan seperti itu atau lebih hebat lagi di zaman ini. Allah swt akan menurunkan pertolongan kepada umat Islam, apabila mereka sibuk memuji-muji kebesaran Allah swt dan mereka turut memohon keampunan daripada Allah swt. Allah swt sangat sukakan dua perkara ini.


Maka insyaAllah, sama-samalah kita berusaha untuk berdoa buat anak-anak kita dengan cara yang disukai Allah. Sebelum menyatakan hajat kepada Allah swt;
1. Pujilah dan sebutlah kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya, sehingga datang kesan di dalam hati kita. Samada kita berada di dalam mood berdoa atau pun tidak, sebutkan, cakapkan, ceritakan & dakwahkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya. Nescaya, InsyaAllah, segala doa kita akan menjadi makbul dan pertolongan daripada Allah swt akan datang mencurah-curah kepada kita.




Tip:
Bagi kita (terutama diri saya), ibubapa yang baru-baru nak belajar menyebut kebesaran Allah swt ini, adakalanya kita tiada idea untuk menyebutkan kebesaran Allah swt yang mana satu. Jika situasi ini berlaku, mulakan dengan kebesaran Allah swt yang kita mahukan untuk anak kita. 


Sebagai contoh;
Jika kita mahu Allah murahkan rezeki anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pemberi Rezeki, sebanyak-banyaknya.


Jika kita mahu Allah swt berikan kepandaian kepada anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Bijaksana.


Jika kita mahu Allah swt berikan anak kita sifat pengasih dan penyayang, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang, sebanyak-banyaknya.


Selepas kita dapat menyebut satu sahaja kebesaran Allah swt, dan kita berazam untuk menyebutnya lagi dan lagi, maka Allah swt akan berikan kita pertolongan dan ilham untuk kita menyebutkan kebesaran-kebesaran Allah yang lain. InsyaAllah :)


2. Beristighfarlah. Mohonlah keampunan daripada Allah swt sebanyak-banyaknya, kerana Allah swt suka untuk menzahirkan sifatNya yang Maha Pengampun. Allah swt suka orang yang bertaubat. Allah swt mahu kita segera bertaubat selepas melakukan sesuatu dosa. Allah swt sangat suka untuk mengampunkan hamba-hambaNya.


Sekiranya kita memerlukan pertolongan daripada Allah swt (dan hakikatnya kita sentiasa memerlukan pertolongan daripadaNya), mohonlah dengan cara yang disukai oleh Allah swt. 


InsyaAllah, pertolongan Allah swt akan turun mencurah-curah kepada kita dan anak-anak kita. Dan kalau tidak keberatan, sertakanlah doa buat anak-anak saudara-saudara kita dan umat Nabi Muhammad saw di seluruh alam.


Saya akui masih muda nak cerita tentang keibubapaan. Tapi itulah saya, saya sentiasa berharap dapat dan mampu mendidik dan membesarkan bakal anak-anak saya menjdai insan yang soleh dan solehah. =')



Ingatlah apabila terputus roh dari jasad anak adam, hanya tiga amalan yang akan berterusan. Itulah dia Sedekah Jariah, ilmu yang disampaikan, dan juga doa anak2 yang soleh.
 



Wallahua’lam




Doaku : 


Ya Allah Jadikanlah diriku ibu yang mampu melahirkan dan mendidik anugerahMu dengan sebaik-baiknya