Friday 15 August 2014

Tidak namanya Impian kalau tidak berangan


Kakinya belum kuat. Jalan sikit-sikit. Tapak kaki masih lembut. Jatuh! Bangun lagi , tidak puas hati. Rambutnya lebat. Kulitnya cerah. Suka sangat main sorang-sorang tengah panas. Macam pendiam. Tetapi , bila bercakap , memang teramat penat nak melayan.

"Ya Allah , diknur ! Main apa ni? " Abang Sazrin menjerit terkejut melihat darah menitis-nitis ke lantai. Tetapi matanya fokus pada jari kelingking adik kecil yang diasuh oleh ibunya sejak bayi.

 

"Diknur nak makan betik" tersengih-sengih walaupun perit menahan sakit luka jari kelingking yang terhiris dalam.

"Lain kali bagi tahu abang kalau diknur nak makan betik. Jangan potong sendiri" dalam kemarahan dan kerisauan sebab bimbang dimarahi ibunya kerana tidak mengawasi kanak-kanak yang nakal itu. Penat balik sekolah, jadi dia tertidur sebelah budak kecil itu. Tak sedar budak kecil itu dah bangun dulu. Malah , bangun dalam keadaan perut yang sangat lapar .

Tersengih-sengih malah boleh mengadu lapar nak makan betik. Haish , nakal sungguh.

 

Begitulah kisah gadis yang sewaktu kecil tidak kisah berpanas.

Tidak malu jika terjatuh.

Tidak menangis bila terluka.

Tidak takut melontarkan idea.

Tidak gentar untuk mencuba.

 

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun.

 

Dah besar dah dia. Semasa sekolah rendah dialah yang paling tinggi , bila di institusi pengajian tinggi , dialah yang paling rendah. Terbalik.

 

Perangai juga tak kurang terbaliknya.

Panas sikit mula mengeluh.

Terjatuh dari 'zon selesa' mulalah murung.

Diherdik dihina , bergenang air mata.

Semakin takut nak menyuarakan pendapat.

Semakin fobia untuk mencuba sesuatu yang baru.

Terbalik.

 

Semoga dia tidak takut untuk 'terbalik' kepada keberanian.

No comments: