Thursday 24 October 2013

Tegurlah, doalah

Saya dah tegur.
Saya dah jalankan amanah saya pada Allah.
Saya redha andai teguran saya tidak diterima.

Walaupun hati saya perit melihat benda yang sama. Hati saya menangis melihat dia dipandang serong oleh orang lain. Hati saya terluka melihat dia terdedah dengan dosa. Saya sayang dia. Tapi sejauh manalah saya mampu untuk mengubah hati dan akhlak manusia serta merta.

Saya bukan Tuhan.
Saya hamba Allah.

Hanya Allah yang mempunyai segala kekuasaan menghidupkan hati yang mati , membangkitkan semangat yang longlai , dan menunjukkan cahaya keimanan kepada hati yang buta



Kuasa saya ?
Kuasa saya hanya menggunakan pancaindera yang Allah beri dengan penuh hikmah.
Kuasa saya adalah doa.
Saya tahu doa itu sangat berkuasa.

Doa yang ikhlas tidak pernah dipandang enteng oleh si Dia yang Maha Kuasa, Maha Mendengar setiap suara hati hambanya.

Selayaknya saya berperlakuan dan bersikap seperti hamba.

Mungkin kali ini Allah ingin menegur saya dan menguji sejauh mana saya bersabar. Sejauh mana sayangnya saya pada sahabat yang dicintai. Ya , saya sayang dia. Saya tak akan biarkan dia terjatuh ke lembah Jahanam. Saya tak sanggup. Saya tak sanggup jadi orang yang bongkak berlari ke pintu syurga seorang diri. Saya akan tetap tunggu sahabat saya. Saya akan tunggu dia dan pegang tangan dia untuk ke syurga bersama saya.


Allah. Sungguh lemah kuasaku. Kini baru kusedar ,
Tutur bicaraku memang tak akan bererti tanpa keizinanMu.
Nasihatku tidak akan didengari tanpa keizinanMu.
Tulisan-tulisanku tidak mampu menyentuh hati manusia tanpa keizinanMu

Sungguh, tanpa keizinan Allah. Segala perbuatan kita hanyalah perbuatan semata-mata. Kita hanya manuisa. Kita memang tak ada kuasa setanding Dia.

Siapalah saya untuk bersedih , kerana saya yakin Allah sentiasa ada dengan saya. Mungkin dalam perjuangan ini terkadang kia bersendirian. Rupa-rupanya kita hanya akan berasa sendiri jika kita bergantung harap kepada manusia semata-mata.

Kita lupa wujudnya Allah.
Wujudnya Allah menemani kita setiap masa.

Duhai hati yang baik , bersabarlah semoga engkau sejahtera. Semoga engkau yakin dengan kuasa Pencipta. Tiada daya dan upaya melainkan kekuasaan Dia.

Jangan pernah berputus asa. Andai lidah kelu untuk menegur lagi , tegurlah dengan menghantar doa kepada sahabat yang kita kasihi setiap masa, setiap solat dan setiap sujud.

Ukurlah keberanian kita.
Tegurlah selagi kita mampu menegur. Tetapi , pastikan teguran kita berhikmah. Tidak melukakan hati sahabat.

Hati sahabat kita sangat berharga. Andai terluka belum tentu kita mampu menyembuhkannya.
Maka , tegurlah melalui doa. Sungguh , Allah Maha Kuasa untuk melembutkan hati sahabat kita. Hati yang jauh akan dekat , hati yag buta akan celik , hati yang tidak takut pada Allah akan gentar serta merta dengan kuasa Dia :)

Maka berdoalah. Doa itu adalah teguran jua :)

Wahai hati yang baik , sentiasalah meletakkan pergantungan kita hanya pada Allah yang satu.

Wasalam

No comments: