Tuesday 4 June 2013

Biarkan..


Sungguh. Melihat 'dia' aku cemburu. Ingin sekali aku jadi sepertinya. Bersih dan suci mukanya tanpa sebarang make up. Natural. Putih dan bercahaya. Bukan luaran yang aku dambakan, tapi akhlaknya membuatkan aku tergugut. Terdetik dalam hati, "Ya Allah, solehahnya dia.."

Manis dengan senyuman.
Baik hubungannya dengan Tuhan.

Aku biarkan perasaan ini. Andai perasaan ini dapat membawa aku mendekatiNya, meningkatkan ketaqwaan ku padaNya, aku redha ya Allah. Teringin sekali aku mendekatinya, alhamdulillah kami sahabat baik. Saat bertemu bagai tidak mahu melepaskan dia pergi, pergi jauh dariku. Kerana aku bimbing aku kian leka dengan dunia, alpa terhadap perintahNya.

Ya Allah, aku mohon kau peliharalah ukhwah kami.. Sungguh, teringin sekali aku mengikuti jejak langkahnya di mana tiada seorang pun lelaki cuba 'mencuri' hatinya.

Andai aku seperti Rabiatul Adawiyah, yang hati dan cintanya hanya untuk Allah..

No comments: