Saturday 4 February 2012

Jadilah Insan Yang Pemaaf Wahai Diri



"Woi , sampai mati pun aku tak kan maafkan kau la ! "

"Tolonglah , tak ada sikit pun ruang dalam hati saya untuk maafkan awak !"

"Kau ingat aku boleh lupa ke apa yang kau buat kat aku. Sampai bila-bila aku akan ingat "


Hm .. Bila orang dah buat salah dengan kita , buat hati kita terluka , buat kita menangis sedih , marah. Susah betul nak maafkan. Kalau boleh kita nak balas dendam kat dia sampai kita puas. Kita nak biarlah orang tu yang minta maaf kat kita dulu.


Bila orang tu dalam kesusahan atau ditimpa  musibah.
Fuh , puasnya hati aku. Padan muka kau !

Bila orang tu gagal dalam sesuatu perkara.
Bagus lah tu , memang patut pun.

Bila orang tu nak minta maaf kat kita.
Ala , sekejap je ni. Ntah ikhlas ke tak ? Meluat aku. Padahal perangai kau sebiji macam dajjal.


Allah , payah sangat ke nak memaafkan ? ( soalan yang ditujukan kepada penulis ni juga)


Senang nak ucap maaf , tapi bukan senang nak memaafkan sebenar-benarnya.
Ya , betul tu , tapi kita ni siapa sampai tak nak memaafkan ? Special sangat ke kita ni ? Ada ke Allah mention betapa mulianya kita kat dalam Al Qur'an ?


Sedangkan Allah yang mencipta kita semua pun bersifat Al Ghaffar ( Maha Pengampun )


Maafkanlah , maafkanlah..


Pagi tadi , saya menonton rancangan Al Khawateer.
Tajuknya , 'Maafkanlah'


Imam dalam TV show tu ceritakan satu kisah seorang wanita Eropah. Namanya  Jacqueline Saburido 
This is her.. Cantikkan ? =)

Tapi , selepas kejadian September 19th , 1999

This is her.. 

Astagfirullah , cuba bayangkan kita berada dalam situasi dia. Sekelip mata sahaja , hidup kita berubah seteruk ini. Gara-gara insan yang hilang kawalan memandu dengan minuman Kencing Syaitan (arak)


Boleh ke kita maafkan orang yang dah musnahkan hidup kita ? Boleh ke kita maafkan orang yang buat kita menderita tak terhingga akibat sakitnya tubuh badan kita ? Boleh ke kita maafkan orang yang buat hidup kita dulunya normal jadi cacat ? Boleh ke ?


Hm.. Orang menegur kat muka kita ada banyak jerawat pun kita dah marah , kecil hati . Apatah lagi ujian macam ni.
Padahal kita Muslim , yang memang sentiasa diperingatkan oleh Allah untuk melakukan kebaikan.
Itupun kita susah nak memaafkan. Tapi tidak pada Jacqueline. Honestly , from deep of my heart. She really amazed me.

Please do visits this touching video , saya yakin most of you understand english right ? sebab subtitle dia dalam bahasa ape ntah. But , saya menangis tengok video ni. I hope I can teachs my very own heart to have a big heart like her.


hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)

No comments: