Monday 6 February 2012

Sabar is Sweet :')



"Kau ni dah macam ustazah daa aku tengok , kadang-kadang aku geli pulak..hehe jangan marah"

Alhamdulillah, ilmu masih cetek. Iman setiap hari ada turun naiknya, sebab itu perlunya bimbingan sahabat yang tinggi ilmu agamanya. Takut-takut terpesong akidahnya, nauzubillihi min zalik :'(


"Alhamdulillah jika dilabel sebagai ustazah, sedikit sebanyak dia mendoakan kita" - Imam Muda Asyraf



Meskipun mama dan baba bukanlah seorang ustaz atau ustazah.Kami sekeluarga bukanlah lahir daripada madrasah Islamiah. Didikan mereka bagiku amat sempurna tanpa kekurangan.

Kata-kata mama masih terbayang di fikiran aku..
"Jangan tanya apa yang Islam buat untuk kita, tapi tanya apa yang kita buat untuk Islam!" 

Terlaluuuuuuuuuuuu banyak khilafnya. Ada yang datang mencaci, datang menghina diri. Apa boleh aku katakan "Muslimah kena kuat! Manusia punya 1001 cara untuk melihat kita jatuh, rambut sama hitam hati lain-lain" Hati manusia.. Ada egonya. Aku juga. Aku juga hamba yang lemah.  Aku tak punya kuasa, aku tak punya harta yang berjuta yang mampu membeli maruah dengan wang ringgit. Aku hanya insan yang hina, yang dulu dari setitis air mani dan sekarang membesar menjadi hamba Illahi. Melihat diri, melihat keluarga, melihat masyarakat, melihat bangsa, melihat agama, melihat negara semakin hari makin lemah di pengaruhi, di tipu oleh orang Barat. Aku juga tak terlepas dari keseronokkan. Aku akui keseronokkan dunia nikmat. Nikmat.. Nikmat sementara! 


Ayuh bangun! Ayuh umat Nabi Muhammad s.aw!  Ayuh anak cucu Adam a.s! Buka mata buka minda, kita sedang menghampiri kiamat. Dunia ini terlalu uzur wahai sahabat. Andai bumi boleh berbicara dengan kita, apa yang boleh dia katakan "Aku tak mampu menanggung dosa umat manusia yang tinggal di sini, aku takut akan kemurkaan Allah SWT" Andai dia boleh berbicara..

Apa yang anda akan kata kan ? 
Apa yang anda akan rasai ? 
Apa yang anda akan lakukan ? Apa?! 


Hanya mampu mendengar, tapi tidak melaksanankan apa yang bumi itu katakan. Maksudnya, dia mahu kita bertaubat. Aku juga hamba Allah. Kita semua sama, tiada yang berbeza melainkan iman dan takwa. Alhamdulillah semakin lama aku semakin faham apa yang abah cuba sampaikan biarpun bertahun aku mencari jawapan itu. 

"Tarbiyyah itu susah, tapi sabar itu indah" Kata-kata itu terus aku pegang sampai saat ini.

Pelbagai pengaruh media boleh mempengaruhi kita. Remaja.. Remaja yang sering di kaitkan dengan jiwa memberontak. Aku juga. Aku remaja. Jiwa memberontak ada kalanya dapat dikawal dengan zikir. Apa yang boleh kita lihat, tengok manusia andai diri di uji, andai diri di marahi apa yang mereka lakukan. Apa ? Selain memaki, mencaci, menghina hidup ini. SubhanaAllah, nauzubillahi min zalik. Mereka boleh lihat, ketawakan kita saat kita mulai berubah mendekatkan diri pada yang Maha Esa. Tidak mengapa. Kita hanya insan yang hina, seperti yang aku katakan kita tidak punya kuasa. Sabar itu penting. Berubah sesorang itu niat kerana Allah SWT, bukan ingin di pandang mulia dikalangan penduduk bumi. Saat itu perasaan riak akan muncul. Biarlah ikhlas tu antara kita dengan yang Maha Esa. Tak perlu cerita, tak perlu hebahkan. Yang penting kita dah cuba berubah. Banyak mendekati Sang Pencipta.

-kadang-kadang insan yang begitu ceria boleh berubah menjadi sangat sedih.dan tak mampu menyampaikan sebaris pun ayat dalam gembira-
Percayalah wahai Nur Haziqqah , Sabar itu indah.


No comments: