Friday 10 February 2012

Menggapai Syurga =)

Alhamdulillah , hari Jumaat ni rasa tenang je kan. Alhamdulillah. Dah selesai bacaan Yaasin , Al Waqiah dan Al Kahfi ? :)

Kalau dah , Alhamdulillah. Hm , mcm banyak je surah yang kena baca kan ? Tapi , itulah duit yang sepatutnya kita kumpul untuk beli tiket ke Syurga.

Syurga amat mahal. Terlalu mahal. Hanya insan yang soleh sahaja yang Allah benarkan ke syurga Dia tu . Tapi kita ni soleh ke ?

Hm , saya sendiri tak tahu saya solehah ke tak ? :'( Allah , sedihnya. Hanya mampu berangan je la dan berusaha sedaya upaya.

Tapi tahu tak , berangan tu pun adalah salah satu jalan untuk mencapai kejayaan. Berangan tu maknanya kita ada impian dan cita-sita.
Tapi , kita kenalah selaras juga dengan usaha . Janganlah sekadar berangan je. Alamat jadi mat jenin lah kita =)

Nak tahu tak apa Impian saya ? Haa? Tak nak ? Hm , saya nak bagitahu juga , ni kan blog saya , jadi saya boleh la kongsi apa yang saya nak kongsi =P


*most of the info/picture adalah atas jasa baik Hamba Allah Ini

1. Menjaga Ikhtilat 


Alhamdulillah , walaupun gambar ni ceritakan tentang perubahan lepas nikah dengan suami yang soleh , tapi Alhamdulillah , Allah gerakkan hati saya sebelum nikah lagi.
Saya berusaha untuk jaga ikhtilat dengan deactive kan Facebook yang lama , dan membuka Facebook yang baru . Alhamdulillah , semua friends dalam Facebook yang baru ni adalah perempuan =)

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada buat dosa. Kadang-kadang kita yakin kita tak kan terjebak dalam cinta cyber / SMS dan sebagainya.

Tapi saya lebih mengambil langkah berjaga-jaga. Sebab iman saya tak sekuat anda semua. Kadang-kadang orang cakap saya ni syadid ( tegas , over) sangat sampai tak ada friends lelaki kat Facebook , kawan lelaki hantar message sekadar tanya apa laman web UPU pun saya tak reply.

Sekali lagi saya tegaskan , Iman saya tak sekuat anda semua. Saya lebih memilih untuk berhati-hati. Mintalah fatwa dari hatimu. Dan itulah fatwa yang hati saya katakan =)

Saya tahu anda semua kuat Iman nya kan ? Alhamdulillah , semoga Allah pertemukan kita semua di syurga, InsyaAllah.

2. Menjaga Hati


Walaupun kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, walaupun mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat;
Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.


Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim:
"..Ketahuilah bah
awa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2:
"Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata-kata indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin."

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sebelum kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.

InsyaAllah , saya akan sedaya upaya menjaga hati saya sebaiknya. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Amin

3. Berubah menjadi lebih solehah




Ya , solehah . Senang nak ucap tapi susah nak dapat. Saya masih berusaha , dan masih terus berusaha. Saya tahu banyak dosa dulu yang saya tak pasti telah diampunkan atau tak. :'(
Saya takut , dan saya harap saya dapat berubah agar diterima Allah.


Watub'alaina taubatan nasuha ya Allah

4.Menjaga Syariat Sebaik-baiknya


"Selagi belum akad, selagi itulah ada jarak pemisah di antara kita. Selagi itulah ada murka Allah di dalam hubungan kita."


Kenapa hubungan di antara kita tidak kekal lama? Akhirnya putus jua?”

Silalah tanya diri anda sendiri. Anda ada jawapannya. Bukan kerana tidak sefahaman, bukan kerana tidak sepadan, tapi kerana ada murkaNya di situ kerana membiarkan hubungan tidak berakad berpanjangan berlarutan bertahun-tahunan.

Saya juga hanya manusia biasa , tak pernah lekang daripada dosa dan alpa. Kadang-kadang fitrah semula jadi itu tetap menyapa. 


Sampai saya sendiri bingung , apalah yang tak kena. Tapi ternyata itu hayalah ujian daripada Allah swt. Dia nak uji sejauh manakah ketabahan hati kita untuk mempertahankan iman. 


Ya , saya tak akan sesekali menggadaikan iman saya.


Cukuplah iman saya pernah tertoreh kejam oleh jiwa remaja saya sendiri. Cukuplah iman saya menderita lama kerana jahatnya nafsu saya. Cukuplah iman saya mengambil masa yang lama untuk sembuh semula. Saya tak akan biarkan iman saya sakit lagi setelah sembuh.

Saya nak biarlah iman saya kekal sejahtera dengan belaian kasih daripada Allah. Saya nak biarlah saat saya sah bergelar isteri kepada seorang bakal imam saya. 
Waktu itu iman saya ditahap paling sejahtera. Saya nak hadiahkan hati dan iman saya yang suci atas sucinya dia menjaga syariat antara saya dan dia sebelum kami bernikah lagi.

Tapi , jika tidak sempat untuk melalui detik itu , iman saya masih lagi puas kerana tidak pernah disakiti lagi. Biarlah Allah memanggil saya kembali dalam keadaan Qalbun Saleem ( hati yang sejahtera ). InsyaAllah.

Semoga kita semua sentiasa pelihara iman sebagaimana Allah memelihara kita =) Jumpa di syurga nanti yer.

5. Menjadi Muslimah yang tak pernah kenal erti putus asa terhadap Penciptanya



=) Ya , saya nak jadi kuat. Kuat tahan segala ujian .



 InsyaAllah , jangan sesekali berputus asa yer. Ingatan untuk saya dan kalian juga. 


Dan saya nak jadi muslimah yang kuat menjaga diri sendiri.

Jaga diri = jaga iman , jaga amal , jaga akhlak


6. Bina Baitul Muslim yang sakinah.




=) impian ini yang paling saya suka. Saya suka keluarga. 

Bila adanya keluarga , adanya mahabbah , bila adanya mahabbah sudah tentu sakinahnya keluarga itu datang daripada Allah. 


Honestly , semenjak umur saya menginjak remaja lagi saya suka baca tentang Islamic Parental Article. Di rumah pun banyak buku-buku macam mana nak didik anak soleh dan solehah :) Tak tahula kenapa. 


Jika orang lain lebih suka kepada baby atau kanak-kanak. Saya pula lebih suka kepada semuanya daripada baby sehinggalah warga emas. 



Saya nak jadi cucu , anak , isteri dan ibu yang berilmu dalam menguruskan segala perihal keluarga daripada bangun tidur sehinggalah mereka kembali tidur biarlah segalanya berlendaskan Islam . Itu impian yang akan saya cuba laksankan bersama suami saya. InsyaAllah =)


Semoga kalian juga peroleh keluarga sakinah yang membawa ke Jannah  ;) Amin Ya Rabb

No comments: