Tuesday 7 February 2012

Permulaan yang pahit, penghujung yang manis



Alhamdulillah. Ujian demi ujian aku tetap bertahan. Tak tahan rasanya di uji. Begitu hebat kuasaMu Ya Allah. Malam tadi aku sedar. Aku hamba yang layak di uji. Satu msg dari dia buat aku takut. Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut derhaka. Untuk mengatakan tidak, aku takut berdusta. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Jangan kau biarkan aku hancurkan segala azamku ya Allah.

Aku takut semua hanya sementara. Hampir pitam aku memikirkannya. Apa salah aku ye ? Aku tetap bertahan sampai Kak Solehah muncul. Katanya "Eh muslimah kena kuat! Sabarlah dik , beruntung kerana dipilih Allah dengan ditimpakan ujian. Hadapilah ia dengan penuh ketaqwaan :)" Makin sebak aku. 


Masih ada yang menyayangi. Aku sedar. Sedar yang kehilangan sahabat yang soleh dah solehah lagi perit dari kehilangan mereka yang hanya tahu mengambil kesempatan ke atas aku. Allah Maha Esa, aku sentiasa percaya itu.  Aku gahkan juga, buku itu.. Habis di basahi air mata.. Air mata yang suka, ada duka. Buat kali ke-3 aku menghayatinya. Hebatnyaa cintanya! Cinta yang berlandaskan Islam. Teringin. Terpersona aku..
Salah satu cita-citaku , teringin kisah cintaku seperti Fatimah Syarha .. :')

Syukran kak untuk gambar ini. Jazakallahukhairan kasiran!
Aku pasrah...

Siapa aku nak tolak takdirnya ?
Siapa aku nak menghukum dia ?
Siapa juga aku nak elak perasaan sesama manusia ?

Aku hanya hamba, seorang hamba yang layak di uji oleh Sang Pencipta. Hampir setiap masa aku memikirkan masalah itu. Adakah jalan penyelesaian untuk masalah itu ? Aku lupa. Lupa kepada DIA. DIA yang maha satu, yang maha berkuasa.

Jiwa remaja. Hari berganti hari, siang berganti malam. Aku punya persaan ingin disayangai. Tapi.. Biarlah dengan redha Allah SWT. Bukan mudah untuk kekal bertahan melawan nafsu untuk bercinta. Aku akui, sukar.. Selama bertahun lebih aku bertahan. Alhamdulillah, segala nama yang pernah terpahat di dalam hati aku mampu hampuskan dengan berkat usaha dan kekuatan aku. Syukran jazilan Ya Allah. Ada tika aku lemah, nama itu kembali muncul. Tapi perlu aku menerima mereka kembali ? Cukup dulu. Kalau di lihat dari pengalaman aku dan rakan-rakan aku sendiri boleh fikir baik buruk nya. Perkara yang lepas mematang kan aku.

Seorang sahabat yang datang tanpa di undang, tanpa di sapa, apa lagi di minta. Persahabatan kami ditemukan Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya. Siapa tahu bukan ? Alhamdulillah, aku punya sahabat yang sayangkan aku. Sayangkan aku kerana tidak mahu aku lemah, lemah di mamah adam yang tidak halal bagiku. Aku bersyukur. Dia tak kaya, kaya dia biarlah hanya kekuatan untuk membimbing seorang muslimah. Aku percaya, yang soleh untuk yang solehah bukan ? :D

Aku lemah tanpa DIA. Kekuatan aku, kesabaran aku ada hadnya. Sabar kunci utama. Sabar dan tetap bersabar biarpun terluka. Dalam hati aku berkata "Hanya sementara, tidak mengapa Dia sayangkan hambanya. Haziqqah.. permulaan yang pahit, tapi penghujungnya yang manis" Sebak seketika. Aku takut semua ini berulang. Serik aku nak menghadap semua ini. Aku gah kan hati berfikiran terbuka, memuji yang maha Esa.

Satu lagu dari seorang sahabat yang aku sayang kerana Allah SWT telah aku hayati.. Syahdu.. Lagu itu membuka fikiran aku. Cinta ? Cinta sesama manusia ? Sampai mana ? Aku rela lepaskan semuanya. Semuanya.. Aku tahu aku akan terluka. Tapi sampai bila ? Yang soleh tetap untuk yang solehah. Nak dapat yang soleh, kena berusaha jadi yang solehah. Kata-kata itu aku pegang sampai sekarang. Syukran ya mama wa baba :')

Pernah jugak ibu berkata 'Nak cari suami, cari yang macam baba' SubhanaAllah. Memang susah. Sukar untuk aku mencari seperti itu. Baba sumber inspirasi aku, inspirasi aku untuk terus melawan segala penyakit-penyakit yang sukar dibendung saat ini. Alhamdulillah, aku mampu bertahan sampai saat ini.

Siapa pula aku ingin melawan takdir bukan ?
Siapa aku nak merungut?

Aku bukan siapa-siapa. Sedangkan di uji sikit sudah lemah, jika dahulu Nabi Yusuf A.S di fitnah beliau mampu bertahan. Berdoa.. berdoa.. dan terus berdoa. Tapi aku ? Hanya air mata yang menemani setiap masa. Air mata yang tidak pernah lekang di pipi. Air mata yang penuh makna. Makna yang tersembunyi. Aku nampak gembira, tapi dalaman hanya yang Maha Esa yang tahu. Aku ambik semula diari yang pernah aku karang, yang pernah aku luahkan, peneman aku tika suka dan duka. Terlalu banyak khilafnya. Terlalu banyak. Setiap orang ada masa lampau bukan ? Begitu juga aku. Aku bukan manusia yang sempurna. Terlalu kerdil rasanya.

Cinta sesama manusia ? Aku tahu. Semua jiwa remaja perlu sesorang. Aku juga. Tapi.. Redha lebih penting. Aku takut derhaka. Aku takut kekecewaan datang tanpa di pinta. Perit dalam percintaan terlaluuuuuu sakit. Terlalu sakit. Bukan aku tidak pernah rasa, pernah bukan sekali tapi berkali-kali. Mungkin sebab terlalu kejar yang tidak sepatutnya, yang tidak layak bagiku. Aku pasrah. Andai itu takdirnya aku terima.

Seseorang telah membuka mata aku, membuka mata aku untuk lebih mencintai yang maha pencipta. Allah berikan aku sahabat yang solehah dan adik yang punya ilmu yang mendalam, kakak yang iman yang tebal. Sahabat yang beriman. Takdir Allah, aku terima seadaanya.


Aku tak mahu terus hidup dalam mimpi. Aku tak mahu terus berpaut pada angan-angan yang tak pasti. Aku tak mahu terus hanyut dengan mainan hati. Cukup sudah aku tidak sedarkan diri. Cukup sudah aku lupa diri. Kini tiba masa aku kembali pijak bumi. Aku serahkan semua kepada Illahi.


"Segala hasil tulisan tidak pernah mengharapkan nama. Bukan juga mendambakan harta atau pujian. Jauh sekali terpaksa. Segala-galanya insyaAllah ikhlas dalam mencari redha Allah."









No comments: