Wednesday 29 February 2012

Melamar Cara Rasulullah saw



 {MELAMAR}   
Lamaran berlaku apabila sudah percaya betul dengan berbagai kriteria yang baik, melihat dan merasa redha, tetap berkeinginan meminang dan telah juga secara khusus melakukan solat istikharah, maka tibalah masanya melamar.
Melamar, khitbah atau meminang adalah meminta seorang gadis kepada orang tuanya untuk dijadikan isteri. Untuk itu Islam menganjurkan agar proses melamar ini disembunyika dahulu hanya sebatas diketahui keluarga tertentu saja,  tidak diumumkan dan melibatkan orang ramai. 
Rasulullah ﷺ bersabda: “umumkanlah pernikahan…dan sembunyikanlah proses khitbah(melamar)” 
Menyembunyikan proses melamar adalah sikap berjaga-jaga yang paling tepat demi kemaslahatan gadis yang dipinang, menjaga harga diri serta tidak merasa direndahkan nama baik dan perasaan secara psikologi jika berlaku hal-hal yang tidak diingini seperti batalnya peminangan.

 Jika diumumkan dan ternyata tidak lanjut kepada pernikahan, walau ada sebab yang rasional dan patut, tetap akan menyakiti perasaan wanita tersebut. Ia juga akan membuat pelamar seterusnya merasa ragu-ragu.

{CARA MELAMAR DALAM ISLAM}
Cara melamar dalam Islam adalah banyak.Ianya tergantung pada situasi dan kondisi (fleksible). Ia telah berlaku sejak zaman Sayyiduna Rasulullah ﷺ sampai hari ini.
Di masa kini, sesuai dengan peredaran zaman,ada yang dipanggil UBM atau unit baitul muslim.Kebiasaannya  ada dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan yang berasaskan Islam. Cuma dalam artikel ini tidak menyentuh kaedah ini kerana ianya telah makruf dan tujuan artikel ini hanyalah membawa pembaca mengetahui kaedah yang berlaku di zaman Rasulullah.
Kebanyakan warga emas  kebiasaannya hanya mengenal dan telah terbiasa dengan satu cara melamar tertentu sahaja, iaitu pihak lelaki bersama keluarganya mengajukan lamaran kepada keluarga si gadis yang ingin dilamar.

 Walaupun cara ini paling sopan dan terjaga, namun bukan bererti satu-satunya cara dalam Islam. Masih ada cara lain yang masyru’(menurut syarak) dan tetap sopan.




❀ ܓ1. Melamar melalui keluarga wanita❀ ܓ 
Cara ini paling umum. Rasulullah ﷺ menikahi Sayyidatina A’isyah dan Sayyidatina Hafsah dengan cara ini. Rasulullah ﷺ berjumpa dengan Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq untuk melamar Sayyidatina A’isyah dan bertemu dengan Sayyiduna Umar Al Faruq untuk melamar Sayyidatina Hafsah. (Hadis riwayat bukhari)

❀ ܓ2. Melamar terus kepada wanita yang bersangkutan❀ ܓ  
Dalam situasi tertentu, membicarakan lamaran kepada wanita yang bersangkutan bukanlah suatu yang mengaibkan.
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, dari Subai’ah binti Harith, bekas isteri Sa’ad bin Kaulah dari Bani ‘Amir bin Luai yang merupakan Syuhada badar. Ketika berlakunya perang, Subai’ah sedang hamil. Setelah bersalin dan bersih dari nifas, ia bersiap siap berdandan untuk dilamar, lalu datanglah Abu As Sanabil bi Ba’kak melamarnya.
Kaedah ini sesuai ketika berada di tempat permusafiran atau tidak ada ahli keluarga dan sanak saudara. Disyariatkan cara seperti ini sungguh merupakan rahmat dan bukan suatu tindakan yang melulu.

❀ ܓ3. Ibu Bapa atau salah seorang ahli keluarga menjodohkan anak gadisnya atau adik perempuan/kakaknya dengan orang yang diredhai akhlak dan agamanya. ❀ ܓ  
Cara ini bukanlah suatu tradisi yang baru dalam kehidupan manusia. Tetapi mutakhir ini sudah ditinggalkan oleh masyarakat apabila golongan remaja dan muda belia sudah pandai mencari pasangan buat diri masing-masing seawall dibangku persekolahan.
Dalam Islam, kaedah ini adalah diantara cara yang efektif,sopan dan masyru’ dan lebih terjamin di zaman fitnah ini kerana orang tua biasanya lebih mengerti tentang manis pahit kehidupan sehingga membuatkan mereka kenal dan mahir dalam hal memilihkan pasangan yang secocok dan tepat buat anak mereka. Namun hal ini adalah positif sekiranya yang menjadi kayu ukur adalah akhlak dan agama. Adapun jika ianya berpandukan materialistik, maka kesannya sangat buruk.

DALIL:Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar:
Ketika selesai masa iddah Hafsah binti Umar bin Khattab, Isteri kepada Khanis bin Hudzafah as Sahmi, salah seorang sahabat Rasulullah yang wafat di Madinah,
 Umar bin Khattab berkata: “ Aku datang kepada Usman bin Affan untuk menawarkan Hafsah kepadanya.” Usman Menjawab: “ Akan aku lihat keadaanku.” Tidak lama kemudia Usman menemuiku dan berkata: “ Nampaknya hari ini aku tidak akan menikah.”
Umar berkata: “ Kemudian aku temui Abu Bakar dan aku berkata: “ Jika kamu mahu, aku nikahkan kamu dengan Hafsah puteriku.” Abu bakar diam dan tidak menjawab sama sekali kepadaku. Aku marah kepadanya seperti halnya kepada Usman bin Affan.
Tidak lama kemudian Rasulullah  melamarnya, lalu aku nikahkan dengan Beliau. Kemudian Abu Bakar menemuiku dan berkata: “ Apakah engkau marah padaku ketika aku tidak menjawab lamaranmu padaku?” Umar menjawab: “Ya.” Abu Bakar berkata: “ Sebenarnya tidak ada yang mencegahku, melainka aku telah mendengar bahawa Rasulullah  telah menyebut-nyebutnya (Hafsah binti Umar), dan aku tidak mahu membuka rahsia Rasulullah . Andaikan beliau meninggalkannya, maka aku menerimanya.” (Riwayat Al Bukhari)

❀ ܓ4. Melamar Wanita Melalui tokoh masyarakat. ❀ ܓ  
Cara yang mudah,ringkas dan terjaga yang boleh dilakukan seorang muslim adalah melamar melalui tokoh masyarakat seperti Ulama,Tuan guru pondok, Asatizah atau orang yang disegani. Ini kerana mereka adalah golongan yang dipercayai dan diyakini akhlak serta amanahnya.DALIL: 
Ketika Rasulullah ﷺ menjumpai seorang sahabat bernama ‘Ikaf yang mampu melaksanakan perkahwinan, segera beliau memerintahkan untuk menikah. Kemudian ‘Ikaf menjawab: “ Kahwinkanlah saya wahai rasulullah.” Rasulullah ﷺ menjawab: “ Aku kahwinkan kamu dengan Karimah binti Kultsum al Himyari.” (Hadis riwayat Ahmad)

❀ ܓ5. Tokoh masyarakat melamar untuk masyarakat❀ ܓ 
Tokoh masyarakat seperti yang disebutkan diatas bukan sahaja sebagai pemudah cara bagi para pemuda dalam urusan mereka. Bahkan mereka juga adakala mencarikan calon pasangan  atau melamarkan buat anggota masyarakat.
Ini kerana membantu dan mempermudah proses perkahwinan sesame muslim adalah suatu tindakan mulia dan luhur.DALIL: 
Dari Uqbah b Amir mengkhabarkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada seorang lelaki,” Apakah kamu redha aku kahwinkan dengan fulanah? Lelaki itu menjawab: “Ya.” Dan Nabi bertanya kepada wanita itu: “Apakah kamu rela aku kahwinkan kamu dengan si fulan?” Ia menjawab: “Ya.” Maka dikahwinkanlah keduanya oleh Nabi . (Hadis riwayat Abu Daud)

❀ ܓ6. Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh. ❀ ܓ  
Kebiasaannya, masyarakat memandang wanita ini dengan pelbagai pandangan yang tidak baik. Mereka sering digelar dengan pelbagai gelar yang tidak sedap didengar seperti galak, gila jantan, gila menikah dan sebaginya yang meruntuhkan moral.

Sedangkan ia antara berlaku dizaman Rasulullah ﷺ dan ia dii’tiraf oleh baginda ﷺ akan keharusannya.

Dari Thabit al Bunani; ia berkata: “ Ketika aku bersama Anas,sedang ia bersama puterinya, Anas berkata: “ Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah menawarkan diri kepadanya, ia berkata: “ Wahai Rasulullah , aku datang untuk menghibahkan diriku untukmu.” Maka puteri Anas berkata: “ Alangkah tidak malunya orang itu, oh alangkah hinanya!” Anas berkata: “ Dia lebih baik darimu. Dia menginginkan Nabi , maka ia menawarkan dirinya sendiri kepada baginda .” (Hadis riwayat al Bukhari)
Ibnu Hajar berkata: “ Salah satu kepandaian Imam al Bukhari ketika ia memahami keistimewaan (khususiyah) Rasulullah , di mana seorang wanita boleh menghibahkan dirinya kepada beliau tanpa mahar, Bukhari mengambil faedah dari hadis ini: bahawa seorang wanita diperbolehkan menawarkan dirinya kepada orang soleh.”

=)  Rujukan utama ialah dari Kitab Cinta karangan  Sheikhuna al Murabbi Sayyidi Rohimuddin Nawawi Al Bantani Azmatkhan Al Husaini.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Monday 27 February 2012

Allah , jagalah dia..


Allah , cinta itu fitrah. Cinta itu anugerah.
Anugerah daripadaMu
Sungguh , aku amat bersyukur berpeluang merasai nikmatMu
Namun ya Allah
Jagalah hatiku ini..
Jagalah hati si dia jua.
Awak..
Maafkan saya.
Maafkan saya jika saya melukakan hati awak
Dek kisah silam saya.
Sungguh , saya bukanlah sempurna.
Langsung tidak.
TAPI
saya cuba , saya berusaha
Saya menyesal dengan semua kekhilafan saya.
Awak..
Saya menjauhkan diri , bukan sebab saya benci
Sungguh , saya tak benci awak
Allah itu Maha Mengetahui kan awak?
Allah tahu apa yang ada dalam hati saya
Allah tahu perasaan saya yang Dia anugerahkan ini
TAPI
Saya tak nak sia-siakan anugerah ini
Saya harap awak juga begitu


Awak
Hati kita ini ada satu
Bila ada satu , bermakna ia Istimewa
Benda yang istimewa
Jadi kita perlulah jaga seeloknya.
Kalau boleh , saya nak hadiahkan hati saya
Hati yang belum pernah disentuh sesiapa melainkan awak
Sebab itulah Allah jauhkan kita 
Kekasih-kekasih diluar sana
Kisah cinta mereka mungkin istimewa
Ditulis dengan SMS , call , email dan lainnya
Tapi awak nak tahu tak
Kisah cinta kita lebih istimewa
Sebab apa ?
Sebab Allah lah penulis kisah cinta kita
Beruntung kita kan ?
Jadi , hati kita mestilah bersih
Hati yang kotor
Tiada ruang untuk kisah cinta bersaksikan Allah ditulis
Jaga hati yer awak =)
Allah sayang kita awak
Sebab tu kita jauh
Sebab tu kita belum bercinta lagi
Waktu tu belum tiba lagi

Saya dah istikharah
Naluri saya berkata-kata
Tenang jer
Tapi Allah kata , sabar dulu
Waktu itu belum tiba lagi =')

Awak
Janji yer ,
Jadi mukmin yang soleh
Jaga iman , pergaulan
Saya pun berjanji
Sedaya upaya saya untuk menjadi solehah


Jasad kita mungkin jauh
Tapi doa saya untuk awak sentiasa dekat
Awak janganlah risau yer
Allah sayang kita =')

Saya sentiasa tunggu awak =)
Jaga diri yer awak
Assalamualaikum wbt




Sunday 26 February 2012

Istikharah [ Memohon PetunjukMu ya Rabb ]


Bagaimana si dia menawarkan cinta kepada anda? 

Persoalan Lazim Remaja
            “Bagaimana kita hendak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?”
“Selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?”
“Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buatistikharah. Jadi, perlukah saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun kepadanya?”
“Saya takutlah hendak membuat istikharah. Takut nampak apa yang saya tidak berkenan.”
Apa Itu Istikharah?
            Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunnah terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, mahu membeli kereta VIVA ataupun Myvi? Mahu balik kampung ataupun mengikuti program keusahawanan semasa cuti semester? Mahu mengikuti jurusan Undang-undang Sivil ataupun Undang-undang Syariah?
Bagaimana membuat pilihan?
Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.
Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan larangan-Nya. Contohnya, mahu memakai tudung ataupun tidak? Mahu memakai jeans ataupun baju kurung? Mahu pergi dating ataupun study?
Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan
            Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mantera dan meramal masa depan. Pelbagai kreativiti direka-reka bagi menilik nasib seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu. Mereka meramal bagi mengetahui bilakah waktu yang sesuai memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90).
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti itu, Allah SWT mensyariatkan istikharahyang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilihistikharah sebelum memutuskan urusannya.
Doa Istikharah
            
Maksudnya: 

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”
Galakan Istikharah
            Galakan istikharah sangat tinggi dalam Islam, hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh (generasi awal yang dekat dengan zaman Nabi) bersepakat yang istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah, “Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran, sabdanya, 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini….'” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
            Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.
            Rasulullah SAW berkata: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
            Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharahdan berbincang, kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .
Apakah pandangan Islam berkenaan mimpi (ru’yah)?
Realiti tiga golongan.
1.      Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.
2.      Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit(tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.
3.      Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah  dengan apa yang sudah diyakini berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat ini lebih adil dan sederhana.
Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan berkenaan kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya adalah:
·Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi, hubungannya dengan Allah sudah mantap maka dia hanya perlu solat dengan menggunakan niat, maka mimpinya dikira batil dan tidak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).
·Mimpi seseorang tidak diambil kira sekiranya bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung  bermimpi makan khinzir hingga menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap.)
·Mimpi seseorang yang tidak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sendiri, bukan hujah untuk orang lain. (Misalnya, seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang itu memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)
·Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham(prasangka), justeru kita tidak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui berkenaan agama dan akhlaknya, maka tidak perlu terburu-buru percaya kepada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).
·Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang sudah tetap (thabit) daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.
·Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).
·Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan, perlunya nilaian daripada al-Quran dan al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber itu yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).
·Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).
Wujudkan Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?
            Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita supaya beristikharah (berdoa pada Allah) dan bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.
Kita tidak perlu meragui lagi yang Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup baginda apabila mahu membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan, seperti baginda mengajar kami satu surah dari al-Quran, sabdanya:
Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan melakukan sesuatu perlulah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat.” Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.
Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun a’laih).
Selepas mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah dengan Khaulah binti Hakim bin al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang mencadangkan calon isteri untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan iaitu Saudah dan Aisyah. Berdasarkan nilaian akhlak dan agama memang patut dijadikan isteri. Natijahnya, Rasulullah SAW meminta beliau menyampaikan pinangan baginda kepada calon yang dimaksudkan itu.
Kesimpulannya:
·Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah.
·Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi. Namun sekiranya kita bermimpi yang baik, ia boleh menjadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tidak patut diingkari secara umumnya.
·Petunjuk dapat hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama.
·Selepas beristikharah dan berbincang ,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.

-sebarkanbahagia-

Ayuh Memancing..



From Allah we came, to Allah we will return. 

When? 

It's unknown. 

How? We decide.


p/s :Barang baru with my second salary =) Allah allows us to decide what ever we want to do as long as it doesn't beyond His Deen rite ? So . this is my way to express my feeling. 

;)


Pancinglah rahmatNya sebanyak mana mahumu . Supaya hasil pancing itu dapat dibawa menjadi santapan akhirat ;)
Jom Memancing. !

Ibu , I'm so sorry


Masa kecik-kecik , kalian ada tak macam ni..hehe , mesti ada kan , cuma taknak mengaku jer..
Well , kalian mesti lagi comel daripada Yerin ni ,
To all ibu , ummi , mama , emak dll.

Sorry kalau kami macam ni dulu-dulu..
hihi ^__^


Monday 20 February 2012

Design Rumah Untuk Semua Muslim


Alhamdulillah , harini Allah beri lagi kekuatan nak menulis. Ada lagi kekuatan nak kemas rumah , masak , sidai baju dan mcam-macam lagi. Ada lagi kekuatan nak teruskan hidup dan bersolat dengan sempurna.
Tiba-tiba hati ni terfikir , hm , nak tengok gambar rumah-rumah kat internet la.

Dan , saya pun mula meminta bantuan cik abang saya yang kacak lagi bergaya nak mintak tolong dia carikan rumah untuk kami nanti. >_<


So , inilah antara rumah yang dia jumpa..

1 ) Rumah organic katanya..



ini interior space rumah organic ni.. Pelikkan ? =.='' (sigh)


2) Ini pulak , Bubble House


ni interior Bubble House ni , macam Water Theme Park pula..hehe

3 )  Nautilus House,

Ok , setelah melihat keputusan yang abang saya ni memang tak berbakat pilih rumah , sebab semua rumah tu pelik sangat.. Jadi saya bercadang untuk buat sendiri design rumah saya nanti.
Walaupun saya ni tak ambil Lukisan Kejuruteraan , tapi tak salah mencuba kan ? =)

Bismillahirahmanirrahim ..

Tadaaa..


CANTIK TAK ??

 erm..berdebar-debar nak masuk rumah ni. Bekal tak cukup lagi. Takut susah pula kat situ..takut susah , takut haus , takut kena duduk sorang-sorang..Hm , memang takut lah.

Kalian dah bersedia ke ? Bagus lah . Saya ni tak tahu lah ready ke tak..
Tapi , waktu tu pasti tiba. Ntah-ntah sekejap lagi ke.

Allahu.

Ya Allah , Akhirkanlah usia kami dengan sebaik-baik pengakhiran , khusnul khotimah dan hati yang sejahtera.


Sunday 19 February 2012

Ghifari


Alhamdulillah , rasanya macam begitu lama tak menjenguk Facebook mahupun Blog ni. Bukannya cakap tak buka internet. Ada je bukak Google Chrome , tapi more to nak cari modul belajar untuk budak-budak kelas Aulad.

Begitulah kehidupan dah bekerja sebagai suri rumah dan guru ni. =) Kan bagus daripada dulu buka internet semata-mata nak belajar.

Ni tak , online Facebook memanjang. Huhu. Tak usah la dikenang , zaman persekolahan dah berlalu dah ='(

Ok , malam tadi siapa tengok TV Al Hijrah. [ Kalau TV ada siaran ni SAHAJA pun rasanya dah cukup , memang siaran yang memantapkan iman :) ] 

 Malam tadi ada telemovie
 Ghifari kan ? Bagusnya cerita tu , salah satu movie yang benar-benar mengetuk pintu hati saya untuk insaf.

Walaupun agak pelik ceritanya , ujian yang pelik , tapi Alhamdulillah , tetap best. As usual , saya suka tengok TV sambil menulis.

Ni lah antara yang dapat saya konsikan tentang serita 
Ghifari ni. [ best pulak nama ni , ok , dah masuk dah pun nama ni dalam baby's name lists ;) hihi ]

Tadaa..

·         Menjadi baik memang sangat menenangkan hati. #Ghifari

·         Bersangka baik juga sangat menenangkan hati dan jiwa. Hati sihat tiada luka. #Ghifari

·         Kalau tak suka makan, makanan tak sedap, jangan cela makanan. Berhikmahlah.  #Ghifari

·         Pengemis pun ada office Hour? Memang mengada lah kan. -___- #Ghifari

·         Mudahlah memberi maaf. Kita bukan Tuhan. Sedangkan Tuhan itu Maha Pengampun. #Ghifari

·         Jadilah hamba Allah yang pemaaf. Hati jadi tenang sangat. Tengok Ghifari . Tenang saja. :') #Ghifari

·         Buat benda yang Allah larang memang akan membuatkan hati tak senang. Sangat tak tenang #Ghifari

·         Semua pekerjaan kena ada ilmu. Nak merompak sekalipun kena ada ilmu. Huhu. #Ghifari

·         Kenapa makanan boleh jadi tak sedap? Sebab Allah tak bagi rasa sedap. Allah dah tarik nikmat tu #Ghifari

·         Walaupun miskin, tapi hati bahagia. Gembira. Makanan rasa sedap #Ghifari

·         walaupun ikan masin je. Kenapa? Sebab Allah bagi sedap #Ghifari

·         Ketenangan tu Allah yang bagi. Bukan kebahagian dari makhluk. :) #Ghifari

·         Hargailah isteri En Murad. Kesian sang isteri. :) #Ghifari
 
·         Sangat beruntung punya isteri yang sanggup masak secara istiqomah. #Ghifari

·         Sedap tak sedap itu belakang ceritalah. :) #Ghifari

·         Hargai isteri dulu. Walaupun tak sedap. Janganlah tempelak isteri kalau masak tak sedap. :) #Ghifari

·         Kawan Ghifari ni, En Murad mungkin dah nak mati. Ada tanda-tanda dah tu. Takde selera memanjang. #Ghifari

·         Ingat 5 sebelum 5. :)  #Ghifari

·         Bangun je dari tidur, terus fikir dunia. Macamana hati nak tenang??? #Ghifari

·         Siapa yg bangun dpagi hari terus mengingati hal dunia, dia seolah-olah tidak mengingati hak Allah. Maka, akan ada 4 penyakit bgnya. #Ghifari

·         1. Kebingungan dan kesedihan yang tiada putusnya.


·         2. Kesibukan yang seolah-olah tiada habisnya.


·         3. Keperluan yang tak pernah dapat dipenuhi


·         4. Khayalan dan cita-cita yang tak pernah dapat dicapai

·         Carilah kedamaian dan ketenangan hati dalam solat #Ghifari

·         Orang jahat jumpa orang jahat. Memang haru biru lah kan #Ghifari


·         Allah yang bagi rezeki. Bukan manusia. Manusia cuma penyalurnya. #Ghifari


·         Tenangnya Ghifari dalam menghadapi semua. Saya harap saya mampu jadi sepertinya. #Ghifari

·         Kawan dengan perompak, peratusan tinggilah kamu menjadi perompak. Kalaupun tidak, kamu pasti akan mendapat tempiasnya #Ghifari

·         Anak-anak itu kebahagiaan. Kekayaan si ibu dan ayah. Jagalah sebaiknya. :). Syukurnya dapat suami macam ni : ) #Ghifari

·         Kekayaan dunia sementara. Bila mati esok, akan hilanglah semua. :) #Ghifari
·         Kesian En Murad, ketenangannya Allah tarik. Allah. #Ghifari

·         Tertarik dengan cara  Ghifari mendidik isterinya tadi. :) #Ghifari

·         Kejap sangat iklan Tv Al-Hijrah. Tak sempat langsung nak tukaq channel. -___-

·   Minta izin suami walau sekecil-kecil perkara. #noteuntukisteri #Ghifari

·     Bila hati tak tenang, cuba check hubungan kita dengan Allah. Kemudian check hubungan dengan manusia. Kot ada dosa kita #Ghifari

·         Jangan boros. Boros tu amalan syaitan #Ghifari

·         Dah nak mati dah tu #Ghifari


·         Tutup keburukannya dengan kebaikan. Baru bahagia suami isteri. :) #Ghifari

·         Comel cara pakai tudung Wahida dalam #Ghifari

·         Pelihara dan tutup keaiban isteri #Ghifari

·         Penyakit pelik, ubat pun kena pelik. Hihi. Memang pelik En Murad ni. -__-  #Ghifari

·         Think positive. #Ghifari

·         'Pinjam' aura positif orang yang beraura positif #Ghifari

·         Berselera pun En Murad. Alhamdulillah. MashaAllah! :) #Ghifari

·         Yang masak tu beraura positif, yang makan pun akan turut merasa auranya. :) #Ghifari

·         Syukur dengan nikmat yang Allah bagi. #Ghifari

·         Allah itu Maha Halus dalam didikanNya. #Ghifari

·         Bersederhana. :) Nak jadi isteri yang pandai masak dan solehah , tak suka susahkan suami .hihi #Ghifari

·         Merompak sorang-sorang hanya akan mengundang padah. 

·         Tenang tidur dalam rumah yang kecil. :) #Ghifari

·         Dah agak dah diorang ni kawan. :) #Ghifari

·         Yang penting adalah cara kita mengisi makna dalam hidup kita ni. #Ghifari

·         Kahwin adalah benda seronok dalam dunia ni. Ok , istikharah selalu. #Ghifari

·         Geletek-geletek isteri pun dapat pahala. ^_^ Kelakarnya #Ghifari

·         Tak jadi merompak. Tapi dapat tazkirah panjang. Alhamdulillah. #Ghifari

·         Bertaubatlah selagi Allah beri peluang. #Ghifari

·         Eh. Habih dah? Pelik ending Ghifari . Apapun, banyak pengisiannya. Alhamdulillah. :) #Ghifari


Ok , mesti ada yang tak fahamkan ? =) kalau nak faham , tengoklah cerita Ghifari yer. Ada kot siaran ulangannya , InsyaAllah ;) Banyak pengisian yang saya belajar daripada telemovie ni. Dan teringin nak hidup damai macam tu . Amin, Allah itu Maha Mendengar setiap doa kan =) Jangan lupa tengok kalau berkesempatan yer. ( promote ni) hehe

Ok , Assalamualaikum wbt , selamat bermujahadah